Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, September 18, 2010

pertanyaan rasa..

kenapa?

kenapa dalam berjuang ada sahaja mehnah yang mendatang?itu tandanya Allah sayang..tapi insan cepat mengeluh kesempitan..tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada..susah benar nak mengucapkan alhamduliLlah..

jikalau dipanjangkan umur oleh Rabb,singkat sebenarnya laluan kita..kerana kita tak mahu ambil peluang dari Allah..tak mahu menikmati cinta Ilahi..patutkah orang yang hina itu berasa takabbur..berjalan dengan sombong..makin jatuhlah darjatnya disisi Allah..naud'zubiLlah..


akal membezakan kita dengan makhluk lain..namun sayang seribu kali sayang,nikmat terbesar itu disalah gunakan..musuh Islam tak tidur malam memikirkan cara menjatuhkan kita..namun lihatlah muslim hari ini,tak tidur malam melakukan maksiat!!

andai benar ada secebis keinsafan..mempunyai secubit rasa keikhlasan..bajailah ia dengan al-Quran..tuntunlah hati dengan as-Sunnah..jangan jadi orang yang tak mengenal budi kepada Ilahi..jangan pernah bosan berjuang dalam mencari cinta abadi..kerana tujuan kita menuju syurgawi yang menanti..



layakkah kita?



terlalu senang hati untuk layu..kerana lupa akan Pemilik kita..AstarfiruLlah..ya,mati itu pasti..kita sedar akan hakikat itu,namun adakah kita mengumpul bekalan?banyak mana kita dah sujud kepadaNya?dah banyak ke kita bersyukur dengan nikmat yang tiada henti?langit dan bumi beza amalan kita dengan para sufi..namun tak pernah berusaha mendekati..



manusia,manusia..cepatnya kita lupa..



YA ALLAH,hamba ini hanya makhluk yang hina..terlalu cepat berputus asa..terlalu susah menahan marah..terlalu senang untuk berbangga..astarfiruLlah..bantulah daku Rabb,menjadi insan yang mencintai dan dicintaiMu..ku tahu tak layak syurga yang mahal itu untukku..namun,takkan pernah ku mampu menahan azab siksaMu..apatah lagi berhadapan dengan murka Mu Ya Allah..



surutkanlah perpecahan..biar pasang persaudaraan..

oborkan semangat,jangan biar ia ditiup angin kelemahan..

jauhkanlah dari kemungkaran,dekatkanlah dengan keinsafan dan kema'rufan..

hanya pada Mu hati ini pasrah menanti takdir..bergantung harap agar dithabatkan langkah ini..



Rabbana Yassir wala Tuassair Ya Karim,Ya Arhamarrohimin........amin..



~tenangkanlah qalb2 yang sedang bermujahadah mencari redhaMu...

-rahsia tenang dalam gelisah : sEnYuM..=))

0 coretan hati: