Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, August 30, 2010

musLimah ...

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia, si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


moga ditarbiyyah hati menjadi seindah mawar berduri agar diizinkan Ilahi menghiasi taman Firdausi sebagai wardatul jannah di syurgawi nanti..insyaAllah..
mungkin belum sehebat Rabiatul Adawiyah namun cinta Rabb menghapuskan rasa cinta di hati kepada insani yang tak pasti..jika belum bersuami di sini,jiwa takkan meronta kerana yakin masih ada yang menanti di sana..insyaAllah..=))

Thursday, August 26, 2010

solat atas air..


Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam.

Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!"

Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!" Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa.

Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?" Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?" Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat." Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.


" Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah." Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir.

Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?" Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Uwais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir." WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?" Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

bicara elya : pengajaran-bergantung haraplah pada Allah tiap ketika..

Monday, August 23, 2010

Redha dan syukur..

Letakkan keyakinan pada Allah,Pentadbir Seluruh Alam..

Bukankah redha dan syukur perlu sentiasa berseiringan..

BismiLlah wal hamduliLlah..

Allah telah menciptakan manusia itu dari setitis air mani yang hina,sehingga dijadikan sebaik-baik kejadian..patutkah kita kufur akan nikmatnya..bukankah kita mesti menadah tangan tanda kesyukuran?manusia yang lupa dan alpa..

di puncak kejayaan,segala yang di bawah tidak dihiraukan..mula ujub datang bertandang..takabbur cuba mengetuk pintu hati..tidak pernah terlintas bahawa sesungguhnya semua itu datang dari Allah dan akan kembali kepadaNya..susah sekali bibir untuk mengucapkan AlhamduliLlah..sukar sungguh untuk menjadi hambaNya yang bersyukur..


dalam kegagalan,segalanya kelihatan serba tidak kena..mengeluh sana,mengeluh sini..perasaan pasrah cuba diusir..dek sombongnya kita yang hina..lupa akan nikmat sekeliling..kelam segala..sahabat,janganlah terlalu memandang langit kerana kita masih berpijak di bumi..jangan melihat insan yang lebih tinggi dari kita,tapi lihatlah yang lebih bawah daripada kita..

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."
surah ali-Imran:139


bukankah indah sekiranya......

dalam kejayaan-kita selitkan perasaan syukur..kerana hanya dengan izinNya sahaja kita mampu memperoleh kecemerlangan..pasrah kerana kita telah buat yang terbaik dan Allah memberi apa yang setimpal dengan yang kita usahakan..pasrah menundukkan kesombongan yang bermaharajalela..syukur menambahkan kecintaan terhadapNya..

dalam kegagalan-syukur kerana diberi pengalaman untuk berada di bawah..tanda sayangnya Rabb terhadap kita..mengingatkan bahawasanya tidak selalu kedudukan kita di atas..redho akan takdir yang tersurat mahupun tersirat..kerana yakin Dia telah menentukan yang terbaik buat kita.. kesyukuran yang melambangkan pengabdian jiwa..serta kepasrahan yang meningkatkan takwa..insyaAllah..

ya!redha dan syukur adalah pasangan ideal dalam hidup insani..titilah hidup dengan penuh tawaduk kepada al-Khaliq..moga diredhai Allah...amin...=)

"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
surah ar-Rahman:33-34


bicara elya : pesanan buat diri sendiri..hamba abdiNya supaya tak lupa diri..AstarfiruLlah....

Saturday, August 21, 2010

dah terisi ke belum??

checklist Ramadhan??
  • solat yang khusyuk
  • puasa yang ikhlas

  • zikir dalam fikir
  • hati yang mengingatiNya
  • al-Quran yang memenuhi ruang jiwa
  • ilmu yang sentiasa dicari
  • tangisan taubat
  • terawih tanda pengabdian

  • tahajjud yang dirindui

  • qiamullail penghias indah malam

  • gerak kerja hanya kerana Allah

  • lisan yang meluncurkan kata dakwah

  • bersedekah pengubat jiwa

  • bantu ahli keluarga

  • erat ukhwah sahabat

  • terus dan terus mencari cinta Allah dan RasulNya
~baru ku sedar..terlalu banyak saat yang ku bazirkan..terlalu sedikit detik yang ku isikan..terlalu hina diri dirasakan..Ya Rahman, Ya Rahim, perbaikilah urusan kami..Jangan pernah Engkau serahkan diri kami kepada nafsu kami walau sekelip mata..amin..

bicara elya : 10 hari dah berlalu..datang 10 hari pengampunan..jangan lepaskan rahmatNya yang melimpah..ayuh kita rebut cinta Ilahi,cinta hakiki!!

yang terindah...


Sahabat fillah,aku mencintaimu kerana Dia,Jika hari ini aku terlalu gembira,Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.

Jika aku bersedih tanpa kata,Pujuklah aku dengan tarbiyyah Pencipta.

Jika aku lemah tak berdaya,Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,Ajaklah aku leraikan segera.

Jika hatimu terluka,Luahkanlah agar aku berubah.

Dan...

Jika esok aku terlena tanpa jaga,Iringilah lenaku dengan kalungan doa.

Berjanjilah sahabat,Ukhuwah kita untuk selamanya.InsyaAllah...
___
Anti sayang ana tak?
~uhibbukifiLlah ya ukhti, daiman wa abada!!

Kenapa anti sayang ana?
~sbb sab kan ukhtifiLlah kak sherah..=)


Kalau ana buat silap,sanggupkah anti tegur ana?
~insyaAllah..tegur menegur dengan kesabaran dan kebenaran..tegur kak jge yer sygg..

Apakah hadiah terbaik yang anti boleh berikan kepada ana secara ikhlas?
~setulus doa..Ya Allah..moga Engkau jadikan ukhtiku ini srikandi di jalanMu..tegakkanlah jalanNya dalam ketakwaan dan keimanan..serta penuh pengharapan terhadapMu..permudahkanlah urusannya Ya Rabb..amin... :>

Harap antunna sudi bagi award nie kat ukhtifillah antunna yang lain juga.Spread the love in this path because of Him..
~setiap yang bergelar ukhtifiLlah ku,terimalah ia dengan hati yang berbunga mahabbah,insyaAllah..

syukran sayangg..!

Wednesday, August 18, 2010

ku damba KEAMPUNAN..

Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu

Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi

Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar

Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat

Moga dirikuk dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu

Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku

bicara elya : memang ku benar-benar dambakan keampunan Mu Tuhan atas setiap khilafku...

Monday, August 16, 2010

Zainab al-Ghazali ...

Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan tauladan.

Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, “Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.”

Dia memperingatkan suaminya lagi, “Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T.”

Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?

Contoh seorang Muslimah Abad 20

ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI


Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jamaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.

Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.

Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.

Dia adalah seorang da’ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar.

baca lanjut
bicara elya : baca buku 'hari-hari dalam hidupku' karangan beliau..
hebatnya perjuangan seorang srikandi Islam.. T__T

Saturday, August 14, 2010

Perempuan-perempuan itu...

perkongsian untuk dirasai mata hati..

____

Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.

Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.

Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?

Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.

Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”

Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

bicara elya : betul2 menusuk kalbu......

Thursday, August 12, 2010

perempuan tak boleh jadi IMAM...

"perempuan tak boleh jadi imam.."

"eh,betul ke ustaz..memanglah dengan lelaki, muslimin yang jadi tuk imam..perempuan jadi tuk imam bagi muslimah je lah kan ustaz?"
"tetap tak boleh..elya ingat ustaz bergurau ke ni?betul..walau dengan perempuan sendiri pun,muslimah TETAP tak boleh jadi imam.."

elya,edina dan nor tercengang-cengang mendengar kenyataan ustaz kelas khas Quran mereka yang dihormati..

"ustaz dapat sumber dari mana ni??bukan tak percaya, tapi agak tak percayalah kut..",dalam kebingungan,elya mengeluarkan pertanyaan..

"isyh3..betul lah..antunna kan belajar bahasa arab..perempuan mana boleh jadi IMAM..jadi IMAMAH boleh lah..hehe.."

ustaz ibnu Salleh tersenyum puas dapat mengenakan kami..

"owhh..ustaz gop..wat lawok pulak..hehehe..",bicara nor..

"perempuan pun tak boleh jadi makmum..",sambung ustaz..

"hurmm..kali ni kitorang tahu..perempuan tak boleh jadi MAKMUM, tapi boleh jadi MAKMUMAH..",jawab edina dengan penuh keyakinan..
"hehe..tahu takpe..",ustaz kemudiannya menyambung pekerjaannya..

kami kemudian tersengih mengingat kembali perbulan tadi sambil memikirkan untuk 'mengenakan' sahabat-sahabat kami dengan 'teka-teki' ustaz tadi..


~Assalamualaikum..post hari ni cuma menyantaikan minda..pandai ustaz..namapun ustaz..memang pandai..hehe..tadi hanya perumpamaan sahaja..bagi seorang perempuan, dalam nahu bahasa arab perlu ditambah ta' marbutoh..seperti muslim, menjadi muslimah..mujahid, menjadi mujahidah..

namun, perkataan muzakar (L) tu sebenarnya boleh sahaja digunakan bagi muannas (P) kerana konsepnya walau dalam satu kelas, 29 muslimah dan hanya seorang muslimin, perkataan 'antum' (bagi lelaki jama') yang paling tepat untuk digunakan..'antunna' akan 'kalah' hanya disebabkan muslimin yang seorang itu..

oleh itu wahai muslimin, imam bagi kami..lindungilah kami daripada pandangan matamu..kerana kami lemah..kami dijadikan bukan dari kepala nta untuk dijunjung,bukan dari kaki nta untuk dipijak-pijak, namun daripada rusukmu yang bengkok yang mana dekat di hati..jangan diluruskan dengan keras,kerana ia akan patah..tapi jika dibiarkan,ia akan terus bengkok..didiklah ia dengan penuh kelembutan dan kasih sayang agar ia tetap akan sentiasa menjadi pelindung hati mu,

pelindung semangat jihad yang membara, insyaAllah....

*al-Quran nur wa hidayah..

bicara elya : tak sabar tggu kkq ari rabu..tapi kalau lagi ramai,lagi besh..ayuh sahabat,kita belajar al-Quran!! =))

Wednesday, August 11, 2010

dah sedia??

Perkongsian untuk lebih bersedia menghadapi Ramadahan,insyaAllah.. halalkan setiap perkara dan ampun maaf dipinta..moga bermanfaat..=))

~Bulan puasa adalah bulan yang sangat istimewa, cuba baca apa yang dipesankan oleh Nabi Muhammad saw dalam khutbahNya pada akhir bulan Sya'ban :

Dari Salman Al-Farisi ra. berkata: “Rasulullah saw berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban: Wahai manusia telah datang kepada kalian bulan yang agung, bulan penuh berkah, di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasanya wajib, dan qiyamullailnya sunnah.

Siapa yang mendekatkan diri dengan kebaikan, maka seperti mendekatkan diri dengan kefarduan di bulan yang lain. Siapa yang melaksanakan kefarduan, maka seperti melaksanakan 70 kefarduan di bulan lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran balasannya adalah syurga. Bulan solidariti, dan bulan ditambahkan rezeki orang beriman. seperti orang orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun ».


kami berkata : »Wahai Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam Tidak semua kita dapat memberi makan orang yang berpuasa ?

». Rasul shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:” Allah memberi pahala kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan satu biji kurma atau seteguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan di mana awalnya rahmat, tengahnya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Siapa yang meringankan orang yang dimilikinya, maka Allah mengampuninya dan dibebaskan dari api neraka.

Perbanyakkanlah melakukan empat perkara; dua perkara membolehkan dapat redha ALlah dan dua perkara Allah tidak berhajat dengannya. Dua hal itu adalah; Syahadat Laa ilaha illallah dan beristighfar kepada-Nya. Adapun dua perkara yang Allah tidak berhajat adalah engkau meminta syurga dan berlindung dari api neraka. Siapa yang membuat kenyang orang berpuasa, Allah akan memberikan minum dari telagaku (Rasul saw) satu kali minum yang tidak akan dahaga hingga dia masuk syurga”
(HR al-‘Uqaili, Ibnu Huzaimah, al-Baihaqi, al-Khatib dan al-Asbahani).

Tuesday, August 10, 2010

ku panjatkan kesyukuran..

alhamduliLlah..
akhirnya tirai Ramadhan diangkat..
Maha Suci Engkau Ya Allah yang telah mengizinkan kami sempat merasai bulan yang penuh rahmat ini..penuh barokah..penuh dengan cintaMu..
pimpinlah kami dalam menjalani bulan karamah..agar mardotiLlah mampu kami capai..
sahabat,mujahadahtunnafs!!

~baru pulang dari terawih..
masih bergema suara-suara pemegang panji Allah menyahut selawat dari Imam Mesir..syahdu....


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana
diwajibkan ke atas merekasebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa."
Al-Baqarah:183



alhamduliLlah..
imtihan oti2 dah selesai..natijah??insyaAllah..penuh tawakal dan pengharapan pada Ilahi..
moga2 mumtaz..tapi mungkin kurang persediaan..ibrah untuk imtihan akan datang..

salam imtihan juga buat adik-adik yang bakal menghadapi trial pmr 15/8 dan akhowat2 untuk trial spm 18/8..bittaufiq wa najah..=))




alhamduliLlah..
koop fil qalbu..baru selesai mesyuarat agung..moga lebih baik daripada tahun lepas dan tahun depan akan lebih baik..amin..syukran ustazah wa muallimah atas pertolongan melancarkan majlis..
minggu lepas ada lawatan ke zoo mini kemaman dan kuantan (shopping!;p) ..
merapatkan ukhwah,insyaAllah..


alhamduliLlah..

atas segala kurnia dan nikmat yang telah Engkau kurniakan Ya Rahman Ya Rahim..nikmat penglihatan bagi mengangungkan pada pada alam yang diciptakan..pendengaran agar kami terus-terusan menikmati alunan terindah,al-quranul karim..percakapan agar dakwah ad-deen terus-terusan tersebar dan hati yang sentiasa ingin berzikir memujiMu..golongkanlah kami dalam kalangan yang bersyukur terutama pada bulan rahmat ini..amin..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". al-Mulk : 23

______
bicara elya : td yusra tls ats whiteboard,'sherah,slmt brpuasa + sahur..elya luv yusra 4 eva..'
he3..uhibbukifiLlah aidhon ya ukht..pose molek2..jgn ngantuk2 dlm kls..lps ni x leh doh mkn cuklat nak hilangkan mengantuk..huhu..=)

Thursday, August 5, 2010

kalah dalam tangan,menang belum tentu..

"Ketika lelah & penat mengalahkan semangat jihad...ketika hati terombang-ambing oleh berbagai nikmatnya dunia...ketika jalan menuju keistiqomahan terasa begitu sulit...di saat hati serasa ingin berhenti dijalan ini, masalahpun tak henti-hentinya silih berganti...mampukah kita bertahan untuk tetap menjadi pemenang...?semoga Allah masih memilih kita menjadi prajurit penegak deenNya dalam KUAT, SAKIT, LEMAH, SEMANGAT, SENDIRI,LAPANG atau SEMPIT...amin..."

*****
BismiLlah wal HamduliLlah..
segala pujian ku munajatkan pada Ilahi..
moga diampuni segala dosa pada hari ini..
astarfiruLlah....

'kalah dalam tangan,menang belum tentu..'
ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga ku sewaktu menghadiri kem hamparan minda..butiran mutiara dari akh zaidi ini ana kira sungguh berharga..

kebiasaannya kita dimomokkan dengan ayat kejayaan dalam tangan,straight a's dalam tangan dan lain-lain..terpana juga apabila mendengar kata-kata ini..namun ia membuka mata hati..bahawasanya memang seseorang manusia itu hina..hanya dengan izin Allah dia memperoleh kebahagiaan..sekiranya tidak, hiduplah dia dalam kegelapan..

dalam melakukan apa-apa sahaja dalam hidup..bersungguh-sungguhlah..kerana kekalahan itu pasti hadir sekiranya langkah kita tersilap..kerana untuk memperoleh kejayaan bukan perkara yang senang kerana masih belum tentu kita cemerlang..

ayuh kita lihat..seorang pelajar akan menghadapi peperiksaan..sebelum mangambil ujian,kemungkinan untuk dia mendapat keputusan yang baik hanya ada kiranya dia berusaha..namun walaupun berusaha,jika belum rezekinya,boleh sahaja dia gagal..apatah lagi orang yang tidak berusaha..

begitulah hidup kita..untuk memperoleh cintaNya,hanya dengan mujahadah..berjuang mengenal erti kehidupan di dunia mahupun akhirat..jika tidak,tersungkur kita di pertengahan jalan..tapi ingat..tiada kata terlambat buat hamba-hambaNya yang beramal soleh dan sentiasa bertaubat kepada Rabbul Izzah,insyaAllah..

akhir kalam,moga Allah sentiasa memenangkan kita dalam menegakkan ad-deenNya...amin.....

jangan biarkan rohani lapar daripada memperoleh makanannya,tAzKiRah...

bicara elya : yakinlah pada janji Allah bahawasanya Allah akan membantu kita jika kita membantu agama Allah...
waLlahua'lam..=))

Sunday, August 1, 2010

hamparan minda..~

Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’'.

________________________________________

BismiLlah wal hamduliLlah..
Assalamualaikum ila kulli muslim..
kepada Allah kita kembali..
marilah kita menghisab diri,insyaAllah..
Dengan izin Rabbul Izzah,4A1 dan beberapa sahabat lain telah berkhemah di teamate, Merang, Setiu..pada 30 hingga 31 Julai..AlhamduliLlah,semuanya berjalan lancar..yang penting bagi ana,visi; ke arah pengislahan diri dan objektif; memantapkan ukhwah berjaya dicapai..

sahabat,SAYANG ANTUM LILLAH!
syukran kepada coach kami, akh zaidi,akh fauzi dan akh zuki..

.::memorable and wonderful moment::.
  • bbq-mahabbah
  • fire ball-2 thumbs up..
  • night walk-nice
  • jungle trekking-plg mencabar
  • redah paya-sweetest memory??
  • river crossing-rinduu
  • berlatih silat-selendang merah..syukran ayahanda.. :)

anak ustaz nazri dan cg laili..

subhanaLlah..

sweet..


bumi wakafan,bumi shams yg dicintai..=)

architecture of lovE..

as-syajjarah..

memori kalbu.. ;>

tengok dapat pahala..

Allah The Creator..