Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, March 13, 2010

Bila sepasang MATA menjadi haDiah...

Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah,

"Kenapa engkau mengikutku?" "Aku tertarik dengan kecantikanmu"

Jawapan yang cukup angkuh..Namun mengundang seibu soalan..Bila bungkusan merah diterima di tangan..

MUSLIMAT, Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga keperibadianmu
WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya,
bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya dicipta Allah dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki ini yang kau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan yang boleh dibelek dan dipilih-pilih
BENAR,Wanita ini telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Tuhan
Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi

MUSLIMAT,
Beginilah jalanmu..Tundukkanlah pandanganmu..Keraskanlah suaramu..Seriuskanlah perwatakanmu..Tampilkan ketegasanmu..Bila engkau di depan atau di belakang..Atau di kiri atau di kanan lelaki..Walau atas apa alasan sekalipun,,Ketuk keegoan mereka.. Bangkitkan mereka dari mimpi..Jelaskan dengan amalmu bahawa percampuran bukan caranya..Bahawa keseronokan adalah palsu..Bahawa di sini tiada kebahagiaan..Hanya kehancuran....

MUSLIMAT,Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat,
Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah..

2 coretan hati:

wardatulJANNAH :) said...

syg,nk copy leh?subhanaallah,suke sgt3 bce entri ni..syukran syg :)

CintaElya said...

salam sygg..tafaddalina ya ukhti..
mehlh sme2 kite jge perilaku agr sme2 x terjebak dgn keseronokn palsu duniawi..
mmg fitrah manusia itu ingin mencintai dan dicintai,tapi bukankah lebih indah jika disimpan dulu perasaan tersebut dan curahkan sepenuhnya pd Pemilik hati2 kita agr nikmat ciNta itu mmpu diperoleh..
wardahku,jadilah srikandi yang lemah lembut tetapi tegas dalam menegakkan syariat..

syggg nti liLlah ang...=))