Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, March 29, 2010

Mangkuk yang Cantik,Madu dan Sehelai Rambut..~

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata,
"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


'Ali r.a. berkata,
"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fathimah r.ha. berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah S.W.T berfirman,
" Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

destiNasi--ReDhA Allah yAnG aBaDi....

Wednesday, March 24, 2010

penaWar haTi...


Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.


Pertama :
Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.
Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau buang air, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda mahu menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.

Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.

Saturday, March 20, 2010

Pilihlah Aku Untuk Ikhlas Ya ALLAH..

~ sincerity is d most precious thing 2 have n d hardest one to achieve...
Sejenak kita renungkan..

Semoga ada iktibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari bahtera kehidupan.

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku. Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri. Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain. Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula. Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung. Pada ketika itu hati pun berbunga. Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya. Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.


Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu. Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah. Ketika aku lemah, perkukuhkanlah. Ketika alpa, ingatkanlah. Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu. Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

sumber- www.halaqah.net

Thursday, March 18, 2010

Hati Tenang Berpaksi Ilahi...


Hati Tenang Berpaksi Ilahi
www.iluvislam.com
oleh : ainuljihad_09
editor : doraemong13



Jiwa gersang terasa kekosongan,
Minta diisi zikir laungan;
Hati gundah tiada kehaluan;
Petunjuk Rabbi sekadar bayangan.

Hari-hari berlalu penuh derita,
Perit jerih jelas terasa;
Dimana perlu kututur bicara;
Bagi diri penuh sengketa.

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qulubana 'ala diinik!!!"

Alhamdulillah,
Gegak gempita bersulam cahaya;
Kalam Ilahi penguat jiwa;
Langkah diorak penuh bertenaga;
Ke medan jihad kutempuh jua.

Ketekalan Al-Fateh penunggak kekuatan,
Jiwa ar-rijal penuh keberanian;
Tahajjud pada Ilahi peneguh keimanan;
Pemangkin kekuatan puncak kejayaan.

Kalam Allah terpahat di dada,
Sunnah junjungan sedia terlaksana.;
Jiwa tenang indah terasa;
Hidup berpaksikan Allah semata.

Salam Rindu,
Salam Perjuangan...

Wednesday, March 17, 2010

As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani...

As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

(Rahmatullahi Alaih) -Sejarah Ringkas
Oleh muridnya: Fakhruddin Owaisi Al-Madani
Terjemahan : Syed Abdul Kadir Aljoofre

Pendahuluan

As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.

Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah.

Keluarga

Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.

Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulamak besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah berkurun lama.

Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.

Bapa beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulamak Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.

Malah, Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesyen Radio Saudi tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan melainkan hanya untuk beliau.

Maklumat lanjut tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki. As-Sayyid Abbas juga seorang ulamak, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi ini mengandungi tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulamak dari seluruh dunia Islam.

Keluarga Maliki juga telah melahirkan ramai lagi ulamak lain, tetapi penulis hanya menyebut bapa dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat lanjut, rujuk tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan ulamaknya di abad-abad mutakhir.

Kelahiran dan Pendidikan Awal

As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1946, di kota suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga Sayyid yang melahirkan ulamak tradisi. Beliau amat beruntung kerana memiliki bapa seperti As-Sayyid Alawi, seorang ulamak paling berilmu di Makkah. Bapa beliau merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau belajar dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan oleh bapa beliau kepada beliau.

Pendidikan Lanjut

Dengan arahan bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu turath Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain.

Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadith telah diiktiraf cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah.

Perjalanan Mencari Ilmu

Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan ulamak. As-Sayid Muhammad turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir, Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari alim-ulamak yang hebat, bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta mengumpul manuskrip-manuskrip dan kitab.

Di setiap tempat ini, beliau menemui para ulamak dan auliyak yang agung, dan mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka telah pun sangat menghormati bapa beliau yang alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid.

Ijazah-ijazah

Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulamak yang terkenal sahaja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Feqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Shaykh dengan bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.

Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulamak teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung.

Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulamak besar dari seluruh dunia Islam.

Senarai ini hanya merupakan ulamak masyhur yang Syaikh kita telah mendapat ijazah darinya, dan di sana terdapat ramai lagi yang tidak disebutkan. Pada As-sayyid Muhammad Alawi, seseorang akan mendapati nilai terbaik dari para Masyaikh ini dalam pelabagai latarbelakang dan pengkhususan.

Karier Mengajar

Kalimah karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk menggambarkan aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad, kerana kalimah ini amat hampir kaitannya dengan keuntungan material. Sementara beliau, seperti mana Masyaikh tradisi yang lain, juga seperti keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan keuntungan material langsung.

Malahan, beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan untuk mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut di kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian di negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan Dubai.

Bagaimanapun apabila pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam di Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak tahun 1970.

Pada tahun 1971, sebaik bapanya meninggal dunia, para ulamak Makkah meminta beliau untuk menggantikan tempat bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah Haram.

Bagaimanapun pada awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan mengajarnya di Universiti Ummul Qura juga kerusi warisannya di Masjidil Haram, memandangkan fatwa dari sebahgian ulamak fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap kewujudannya sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka.

Sejak itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadith, Fiqh, Tafsir dan Tasawwuf di rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap hari. Ramai pelajarnya daripada Universiti menghadiri pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi penuntut.

Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Qur’an antarabangsa di Makkah selama tiga tahun berturut-turut.

Tulisan Beliau

Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia.

Kita juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung.
Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Aktiviti lain

As-Sayyid Muhammad merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang sebenar dan telah bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah dan Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.

Di Asia Tenggara khasnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah mengasaskan dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktiviti dakyah Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam di tangannya hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya.

Ke mana sahaja beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan masyarakat di tempat tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia.

Beliau amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan sahaja kerana beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan ilmu, kekayaan dan masanya.

Pendekatan

As-Sayyid Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan majoriti Islam,
jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan kerohanian, serta kesatuan dalam kepelbagaian.

Beliau percaya kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulamak dan Awliyak agung yang lepas.Beliau menentang sikap sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik, yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebahagian fahaman hari ini.

Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis (Islah) abad ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan nama Islam yang suci.Beliau juga memahami bahawa mencela kesemua Ash’ari, atau kesemua Hanafi, Syafi’e dan Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian fahaman hari ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang lampau. Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya rakan.

Sayyid Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulamak – ulamak Mazhab yang agung - mengikuti Sunni-Sufi - sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita kepada Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita, seperti yang dipercayai sesetengah pihak.

Kefahaman yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman yang berasaskan tafsiran para ulamak agung Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman moden ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela majoriti Muslim di seluruh dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat majoriti ummah ini adalah baik. Kumpulan-kumpulan minoriti yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula fahaman ekstrim mereka.

Sayyid Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para Awliya’ agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan kerohanian Islam, melalui para Masyaikh Tariqah yang agung.

Beliau turut mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara bersendirian atau berkumpulan, adalah bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua pelajarnya dimestikan bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang.

Sayyid Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala hasil yang ada untuk meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut kerohanian, masyarakat dan juga material, dan tidak membuang masa yang berharga dengan berbalah pada perkara-perkara kecil. Beliau percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara yang telah diselisihkan oleh para ulamak. Mereka sebaliknya perlu berganding bahu bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati sebagai kejahatan dan dosa.

Pandangan dan pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya yang terkenal, Mafahim Yajib An Tusahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah buku yang mendapat penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di lingkaran para ulamak.

Penutup

Tidak diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat buat ummah ini. Beliau merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari sudut darah daging serta kerohanian. Masyarakat Makkah dan Madinah teramat mencintai beliau seperti mana dilihat pada solat jenazah beliau.

Siapa sahaja yang pernah menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di kota suci Makkah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk ulamak dan para penuntut yang menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal erti takut dalam berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik kepayahan kerana kebenaran. Walaubagaimanapun pertolongan Allah kelihatan sentiasa bersama dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Ameen.

Maklumat lanjut kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya yang hebat bertajuk, Al-Maliki ‘Alim Hijjaz, karangan penulis dan sejarahwan terkenal Makkah, Dr Zuhayr Kutbi.

Pemergiannya

Beliau telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan.
Benar.. Ia adalah satu kehilangan yang besar.. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat janazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia.
Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat.

Saya(penulis artikel) adalah antara yang menunaikan solat jenazah (pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl)… Ratusan ribu manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat bersedih… Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan… Allahu Akbar…

Betapa hebatnya beliau… betapa besarnya kehilangan ini… Betapa ramainya yang menyembahyangkannya… Saya tahu mata saya tidak pernah menyaksikan seorang spertinya… Seorang yang amat dicintai oleh masyarakat seperti beliau… seorang ulamak yang berkaliber dan berpengetahuan serta berhikmah…

Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja juga turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang uapcara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan.

Beliau disemadikan di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya Sayyidah Khadijah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah pada bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula, "tidakkah engkau mahu menghadiri penegebumianku?"

Tepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat… apakah lagi bukti yang diperlukan menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya… Seluruh dunia Islam menangisi kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau tempat yang tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Ameen.

sumber-

Monday, March 15, 2010

titisan KASIH buat sahabaT...=)

"..semalang malang orang adalah.. orang yg tidak mempunyai kawan.. tetapi.. orang yang lebih malang adalah.. orang yg tidak menghargai kawan.."

'menghayati indahnya pertemuan............'
Ya Allah,mustahil utk kami beriringan bersama..krn kami adalah 2 jasad,2 nyawa,2 ruh yg berbeza..Namun Engkau lebih mengetahui Ya Rahman..sesungguhnya kami mempunyai satu hati yg mendoakan persahabatan ini takkan goyah walau diuji dugaan..takkan terlerai walau dilanda badai..uKhWaHfiLlah...~

BismiLlahirrahmanirrahim..AlhamduliLlahirabbilalamin..
Assalamualaikum wa salam mahabbah ila kullukum..=))
awwalan,dah lame nak ucap tp tak terucap-ucap,,

SANAH HELWA YA AKHOWAT!!

ramai sahabat2 tersayang yg sambut kelahiran dalam bulan 1-4 nih..kalau list nama,panjang sangat,jadi ana sebut yg mane tersebut jelah deh..yg x disebut tu,asifah jiddan..ingat2kan semula temanmu yang pelupa ni deh..antara srikandiku: nailah,adlina,ainun,sarah,ang,fatin,najihah rohmat(my little cute yusra),anis adila,hasni,fasyiha n lotslots of luv 2 sodiqati2 yang laen..

moga umur yang makin bertambah ini menjadi penanda aras buat amalan kita supaya makin meningkat..insyaAllah..hidup ni singkat cuma,jadi peruntukkanlah setiap detik bizikruLlah agar hidup fil akhirah memperoleh ketenangan..amin..hadiah??hehe..d most precious thing,,my luv 2 u only coz Allah..and may our ukhwahfiLlah will long lasting until we meet in Jannah..biizniLlah insyaAllah..one more thing,hope this kind a lyric will tighten up our friendship keyh..

fii haza qalbi,wujud ismuki,
ismu insani,allazi uhibbu...~
(reserved by elya_yusra company ltd fiLlah bhd..=>)

assani,sempena cuti skolah ter'ancam' nih,manfaatkanlah waktu dengan sebaek-baeknya..Allah pun dah bersumpah dengan MASA,rugilah manusia itu kecuali org yg beriman dn beramal soleh..pesan memesan dengan kebenaran serta kesabaran..erm..baru 4 hari cuti dh rnduu sume liLlah.. kadang2,berjauhan sekejap itu baik juga sbb menyuburkan perasaan nikmat rindu yang sebenar utk shbt2 tersayang..moga tali ukhwah kita tersimpul matiii..insyaAllah..cuti molek2 blake..selamat suburkan iMaN!! =))

~it doesn't about you do your best,but it is about you understand what you do,and then you do your best.....

Saturday, March 13, 2010

Bila sepasang MATA menjadi haDiah...

Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah,

"Kenapa engkau mengikutku?" "Aku tertarik dengan kecantikanmu"

Jawapan yang cukup angkuh..Namun mengundang seibu soalan..Bila bungkusan merah diterima di tangan..

MUSLIMAT, Contohilah wanita itu
Bukan dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga keperibadianmu
WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya,
bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya dicipta Allah dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Apatah lagi lelaki ini yang kau tahu cukup ego
Menganggap wanita sebagai hidangan yang boleh dibelek dan dipilih-pilih
BENAR,Wanita ini telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Tuhan
Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi

MUSLIMAT,
Beginilah jalanmu..Tundukkanlah pandanganmu..Keraskanlah suaramu..Seriuskanlah perwatakanmu..Tampilkan ketegasanmu..Bila engkau di depan atau di belakang..Atau di kiri atau di kanan lelaki..Walau atas apa alasan sekalipun,,Ketuk keegoan mereka.. Bangkitkan mereka dari mimpi..Jelaskan dengan amalmu bahawa percampuran bukan caranya..Bahawa keseronokan adalah palsu..Bahawa di sini tiada kebahagiaan..Hanya kehancuran....

MUSLIMAT,Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat,
Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah..

Thursday, March 11, 2010

salam CERIA..=))



Hiduplah dalam rahmatNya..senyum s0kmo...ssghnya senyum itu satu sedekah..=))



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

BismiLlahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wa salam mahabbah..

Mabruk alaikum ya ikhwan wa akhowat SHAMS kerana mumtaz fil spm..jadikan kejayaan SPM sebagai pemacu usaha utk lbh taqarrub ila Allah..jadilah mujahid dan mujahidah SHAMS demi Islam yang tercinta!!doa2kan kejayaan kami fil imtihan,dunya wal akhirah jua...

AlhamduliLlah Ya Allah..sesungguhnya tiada lagi nikmat yang mampu kami dustakan.. kurniakanlah juga kepada kami kejayaan di dunia akhirat agar kami mampu mencium bau syurga hakiki dan berkumpul bersama-sama RasuluLlah..pada Mu kami berserah diri dan bertawakkal..Ya Khaliq,ku rnduuu padaMu......

~ila ang n pia=antuma pye ikhwan dpt mumtaz..kene belanja eskem nih nmpk gaye..amirah pss(ang ku trsyggg) kene lg aktif promote buku2 kat library sbb thn depan kene lagi cemerlang..hehe..insyaAllah..

USAHA + TAWAKKAL = MUMTAZ..

insyaAllah..=))

Tuesday, March 9, 2010

Bilal bin Rabah-Pemilik Suara Emas

Suatu malam, jauh sepeninggal Rasulullah, Bilal bin Rabbah, salah seorang sahabat utama, bermimpi dalam tidurnya. Dalam mimpinya itu, Bilal bertemu dengan Rasulullah.

"Bilal, sudah lama kita berpisah, aku rindu sekali kepadamu," demikian Rasulullah berkata dalam mimpi Bilal.
"Ya, Rasulullah, aku pun sudah teramat rindu ingin bertemu dan mencium harum aroma tubuhmu," kata Bilal masih dalam mimpin-ya. Setelah itu, mimpi tersebut berakhir begitu saja. Dan Bilal bangun dari tidurnya dengan hati yang gulana. Ia dirundung rindu.

Keesokan harinya, ia menceritakan mimpi tersebut pada salah seorang sahabat lainnya. Seperti udara, kisah mimpi Bilal segera memenuhi ruangan kosong di hampir seluruh penjuru kota Madinah. Tak menunggu senja, hampir seluruh penduduk Madinah tahu, semalam Bilal bermimpi ketemu dengan nabi junjungannya.

Hari itu, Madinah benar-benar diselubungi rasa haru. Kenangan semasa Rasulullah masih bersama mereka kembali hadir, seakan baru kemarin saja Rasulullah tiada. Satu persatu dari mereka sibuk sendiri dengan kenangannya bersama manusia mulia itu. Dan Bilal sama seperti mereka, diharu biru oleh kenangan dengan nabi tercinta.

Menjelang senja, penduduk Madinah seolah bersepakat meminta Bilal mengumandangkan adzan Maghrib jika tiba waktunya. Padahal Bilal sudah cukup lama tidak menjadi muadzin sejak Rasulullah tiada. Seolah, penduduk Madinah ingin menggenapkan kenangannya hari itu dengan mendengar adzan yang dikumandangkan Bilal.

Akhirnya, setelah diminta dengan sedikit memaksa, Bilal pun menerima dan bersedia menjadi muadzin kali itu. Senjapun datang mengantar malam, dan Bilal mengumandangkan adzan. Tatkala, suara Bilal terdengar, seketika, Madinah seolah tercekat oleh berjuta memori. Tak terasa hampir semua penduduk Madinah menitiskan air mata. "Marhaban ya Rasulullah," bisik salah seorang dari mereka.


Sebenarnya, ada sebuah kisah yang membuat Bilal menolak untuk mengumandangkan adzan setelah Rasulullah wafat. Waktu itu, beberapa saat setelah malaikat maut menjemput kekasih Allah, Muhammad, Bilal mengumandangkan adzan. Jenazah Rasulullah, belum dimakam-kan. Satu persatu kalimat adzan dikumandangkan sampai pada kalimat, "Asyhadu anna Muhammadarrasulullah." Tangis penduduk Madinah yang mengantar jenazah Rasulullah pecah. Seperti suara guntur yang hendak membelah langit Madinah.

Kemudian setelah, Rasulullah telah dimakamkan, Abu Bakar meminta Bilal untuk adzan. "Adzanlah wahai Bilal," perintah Abu Bakar.

Dan Bilal menjawab perintah itu, "Jika engkau dulu membebaskan demi kepentinganmu, maka aku akan mengumandangkan adzan. Tapi jika demi Allah kau dulu membebaskan aku, maka biarkan aku menentukan pilihanku."
"Hanya demi Allah aku membebaskanmu Bilal," kata Abu Bakar.
"Maka biarkan aku memilih pilihanku," pinta Bilal.
"Sungguh, aku tak ingin adzan untuk seorang pun sepeninggal Rasulullah," lanjut Bilal.
"Kalau demikian, terserah apa kehendakmu," jawab Abu Bakar.

***

Di atas, adalah sepenggal kisah tentang Bilal bin Rabah, salah seorang sahabat dekat Rasulullah. Seperti yang kita tahu, Bilal adalah seorang keturunan Afrika, Habasyah tepatnya. Kini Habasyah biasa kita sebut dengan Ethiopia.

Seperti penampilan orang Afrika pada umumnya, hitam, tinggi dan besar, begitulah Bilal. Pada mulanya, ia adalah budak seorang bangsawan Makkah, Umayyah bin Khalaf. Meski Bilal adalah lelaki dengan kulit hitam pekat, namun hatinya, insya Allah bak kapas yang tak bernoda. Itulah sebabnya, ia sangat mudah menerima hidayah saat Rasulullah berdakwah.

Meski ia sangat mudah menerima hidayah, ternyata ia menjadi salah seorang dari sekian banyak sahabat Rasulullah yang berjuang mempertahankan hidayahnya. Antara hidup dan mati, begitu kira-kira gambaran perjuangan Bilal bin Rabah.

~semoga kita mampu mengambil roh akidah bilal yang mempertahankan kalimah Ahad..dan semoga rahmat Allah sentiasa mencucuri rohnya..amin.....

Friday, March 5, 2010

muhasabah JIWA...]


BismiLlahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wa salam mahabbah liLlah..
AlhamduliLlah Ya Allah..Engkau masih mengurniakan kekuatan bagi jari2ku untuk terus menaip,berkongsi rasa,menabur kasih,mencambah benih sayang buat saudara seislamku..
Sesungguhnya hati ini bergelora,kerana rindu yg amat sangat buat kekasihMu,RasuluLlah S.A.W. tercinta..selawat dan salam ke atas baginda..

masihkah ada ruang utk diriku dalam kalangan orang yg dicintaiMu..?Ya Allah..kini ku sedar,betapa lemahnya insan yg bergelar hamba ini utk memperjuangkan ad-Deen Mu yg syumul ini..perjuangan yg harus ku redah demi mencari redha Mu..tomahan yg harus ku jalani demi menggapai cinta hakiki Mu..mehnah2 yg pasti hadir menemani tiap waktu sebagai mahar syurga Mu yg Tertinggi..serta mujahadah yg memerlukan kekuatan iman dan taqwa dalaman hanya dengan hembusan hidayaMu kepadaku..

ku tetap berdiri,walau pernah tersungkur beribu kali..kerana Mu Ya Rahman..kerana Mu Ya Rahim..dengan kekuatan yg Engkau berikan..AlhamduliLlah..di situlah terbukti makna sahabat2 seperjuangan..timbullah erti sebenar ukhwahfiLlah..jua kesedaran dalam ruang lingkup mahabbah jemaah..kadang2 ku lemah Ya Allah..dalam meniti sirat jihad ini..terlalu banyak yg mengaburi pemikiran hingga satu saat ku sendiri tidak mengenal siapa diriku..ilmu makrifat Tuhan yg masih cetek membuatkan ku lemas tenggelam dalam dasar duniawi yg kian dalam..tergapai-gapai akan Nur Mu yg menjernihkan..bersmalah kami selalu Ya Allah agr kami mampu bangkit dalam keadaan saf yg tersusun,mengenggam erat tali Mu;al-Quran dan as-Sunnah..

teringat akan kata2 akhowat2 shams yg tercinta.."jgn lupa doa sesama Muslim.dgn doa,hati Umar terbuka menerima Islam..dgn doa,Taif terlindung drpd bala..nmpk mudah,tp doa i2 mmg senjata mukmin..sekiranya ad org yg x terima dakwah atau teguran kita slps berkali-kali,berdoalah..Allah yg memberi hidayah..".."igt,bila kite rase futur,itu satu ujian dari Allah..ucaplah AstarfiruLlah kerana kita x mahu lari dr jlnNya..sebab tu kite kena sentiasa ada sahabat2 yg mendukung perjuangan kita biar hati kita x luntur dr terus berjihad..".."innaLlahama'ana..kalau bukan kita yg berjuang,siapa lagi??kalau bukan sekarang,bila lg kita nk bgkitkan semula Islam..??"

masyaAllah..kalimah2 yg benar2 menyentap kalbu ana..syukran jazillan ila cermin2 diri2ku yg sentiasa bersama..kita satu HATI...!!mge kalian sntiasa berada di bawah lembayung rahmatNya..amin..=))



jadi sahabat2ku yg tidak pernah putus2 diri ini mencintaimu kerana Allah,marilah kita muhasabah,,hisab diri kita walau sebantar..utk ape??utk mengetahui cacat cela diri sendiri,karat2 besi hati..spy mampu kita cari penawar dan syifa' dr segala keburukan..insyaAllah,kalau kita berada di pihak yg hak,maka Allah akan menolong kita dr setiap penjuru yg tak kita sangka-sangkakan..bukankah Allah itu Perancang Yang Maha Hebat..

jadilah hambaNya yg bersyukur krn firmanNya bhw ats tiap perkara yg kita syukuri,maka akan ditambahkan nikmat itu..dan janganlah menjadi org2 yg kufur..brsyukurlah krn kita dikurniakan satu nikmat yg terbesar yg x mampu diungkap dgn kata2 yakni nikmat ISLAM..sukalah ana bawa satu cerita dr shbt ana (my luvly dear farahraihan..)--adalah seorang mualaf cina ni yg dikurnikaan hidayah oleh Allah utk menyebut kalimah syahadah pd 1 Ramadhan..maka bermulalah kehidupannya dengan bergelar seorang muslim sepanjang bulan Mubarak yg penuh kemuliaan itu..yg paling mengharukan,beliau termasuk dalam golongan yg ana rasakan,insyaAllah seorang abid pd Tuhannya dgn penuh ketaatan spjg bulan tersebut krn........beliau meninggal pd 1 syawal tahun yg sama waktu sujud ketika solat sunat hari raya..subhanaLlah..indahnya jika kita dibuka hijab semasa menghadap Allah..

~Allahummakhtimlana bi husnul khatimah,wa la takhtim alaina Ya Allah bi suuil khatimah..amin....~

tapi ummat Islam hari ini memandang enteng terhadap agama mereka sndiri krn tidak pernah merasakan keperitan seorang mualaf itu utk bergelar muslim disbbkn mereka sememangnya lahir sebagai keturunan Islam..AstarfiruLlah..mge dijauhkan kita drpd golongan tersebut..ingatlah mati kerana mengingati mati itu penyuci jiwa..pandanglah Islam itu dengan kaca mata fikrah Islam yg sebenar-benarnya kerana Islam itu indah...
akhirul kalam,sama2lah kita menyubur rasa cinta terhadap perjuangan yg kita lakukan demi kebangkitan agama Islam yg tercinta..

sesungguhnya agama di sisi Allah itu ISLAM..jadi,mailah kita semua menyahut seruan yg Esa dan menjadi rantai penyambung wasilah RasuluLlah dengan istiqamah dalam berjihad deh..pada Allah kita berserah diri,pada Allah kita kembali..persiapkanlah bekalan untuk menemui Ilahi..kerana maut sentiasa sedia menanti..semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi..amin..

segala yg baik datang dari Allah dan yang buruk itu dtg dari diri ana sendiri..hakikatnya segala yg ada pada muka bumi ini datang dr Allah dan akan kembali pdNya..asif jiddan kalau ada salah dan silap..InsyaAllah,darjat orang yg memaafkan itu lebih tinggi dari orang yg meminta maaf..dan bersihkanlah hati dari hasad dengki dan penyakit hati..sama2lah kita memegang panji ad-Deen dalam medan jihad dan dakwah nie...barakaLlahufikum..=))

Tuesday, March 2, 2010

fil dakwah..



"Hai Ikhwanul muslimin terutama yang gopoh dari kamu. Dengarkanlah daripadaku satu kalimah yang tinggi yang berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini. Sesungguhnya jalan kamu ini adalah yang telah digariskan langkah-langkahnya, ditentukan batas-batasnya dan aku tidak mahu melanggar batas-batas itu. Aku telah yakin dengannya. Keyakinan yang sebenar-benarnya, bahawa itulah jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.

Ya... boleh jadi ia satu jalan yang panjang, tetapi di sana tidak ada jalan lain selain itu. Sifat kelakian tidak akan lahir kecuali dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yang serius dan berterusan.

Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat dan gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik hasil sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali dan lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini dan carilah dakwah yang lain.

Barangsiapa yang bersabar bersama aku sehingga berkembang dan membesar benih itu lalu tumbuh pokoknya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik dan diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah semata-mata. Kita dan dia tidak boleh lari dari dua kebaikan ini. Sama ada kita menang dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia"
Ya Ummah!!bangkitlah mencipta gelombang cahaya yg menerangi gelita kehidupan..jadilah kita pejuang yg mampir dgn mengharapkan redha Allah Yang Esa..jihadlah sahabat2ku yg dikasihi krn Ilahi..dan bersabarlah agar kita tergolong dlm kalangan org yg bersabar..sesungguhnya ALLAH bersama-sama org yg berSABAR...salam dakwah buat pembangkit syiar Islam..sematkan di hati,ku cinta pd Allah dn RasulNya...wassalam..

pelangi hiDup..~

"Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dlm iman walau hri dipenuhi dugaan dan berpeganglah kpd Allah walau Dia
tidak kelihatan...Bukti kasihNya, kita wujud
di dunia pinjaman ini.Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji
setiap hambaNya yang mengakui keimanan kpdNya.
Janganlah terlalu byk berkhayal utk jadi yg terbaik krn kehidupan tidak semudah itu,
perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai sebuah pengabdian yg hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuhi insani.."


"Aku memohon cinta-Mu (Ya Allah),
cinta sesiapa yang mencintai Engkau
& mencintai amal yang membawa
aku dekat kepada Engkau"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)