Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, July 30, 2011

hadiah dr Allah.. :)


bicara elya : salam Ramadhan buat semua!!moga memperoleh kebaikan dan rahmat dariNya..same2 rebut peluang ye,insyaAllah.. :)

jom kenal sifat 20!

Assalamulaikum wa salam mahabbah..

erm,ingat tak masa kecik2 dulu,kita selalu alunkan sifat 20..sifat siapa?siapa alKhaliq kita..tapi bila dah besar2 ni,mungkin dah ramai yang lupa..jom kita refresh balik ingatan di samping menambah makrifatuLlah..tak kenal maka tak cinta kan?
:)



Haya Nal kul Sifat-Allah Haya Na' rif Wahdaniatah Allah
Wujud (ada)
Qidam (sedia)
Baqa (kekal)
Mukhalafatuhu Lilhawadithi (tidak ada yang sama denganNya)
Qiyamuhu Binafsihi (berdiri dengan sendiri)
Wahdaniah (Esa)
Qudrah (kuasa)
Iradah (penentu)
Ilmun (mengetahui)
Hayat (hidup)
Sama' (mendengar)
Bashar (melihat)
Kalam (berkata-kata)
Qadiran (Maha Kuasa)
Muridan(menentukan)
Aliman (mengetahui)
Hayyan(hidup)
Samian (mendengar)
Bashiran (melihat)
Mutakalliman (berkata-kata)


bicara elya : rindu zaman kecik2.. ;)

Thursday, July 28, 2011

tak cukup sempurna?

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"-Imam Hassan alBasri



Assalamualaikum wa salam mujahadah..
ringkas dan padat maksud nasihat Imam yang kita kagumi,Imam Hassan alBasri..

biarlah pernyataan 'nobody is perfect' menjadi cabaran buat kita utk terus berusaha mendapatkan yg terbaik..bukan sebagai pelemah semangat..kerana kita manusia sememangnya melakukan kesilapan..namun jangan berputus asa..ianya bukan sifat orang mukmin..

berpeganglah pada ayat, 'islah nafsak wad'u ghairak'..perbaiki(solehkan) diri,dan ajak orang lain..ajak utk apa?ajak untuk berubah menjadi yang lebih baik..hamba Allah yang semakin patuh,anak yang semakin soleh,pelajar yang semakin rajin dan manusia yang semakin baik..insyaAllah..

jangan pernah merendah-rendahkan diri sehingga menganggap diri x layak berdakwah..kerana kita semua punya tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling..pikullah ia sebaik mungkin..

ya ikhwan wa akhowat,jadilah kader(dai'e) ilaLlah..kekuatan itu bukan perlu ditunggu,namun harus dicari dan dibina..

bicara elya : memang,dakwah itu bukan kerja senang..namun dakwahlah kerja yang paling menyenangkan hati dan diri..x percaya?se acu cube try teh.. :)

Saturday, July 23, 2011

ta'aruf ilmu fiqh..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

moga kita sentiasa dalam redhaNya..insyaAllah..hari ni nak meraikan pandangan seorang sahabat tentang blog ni..katanya lebih baik dimasukkan ilmu2 fiqh..terasa juga yang blog ni masih banyak kekurangan..terutama tentang pengisian..

jadi sukacitalah elya nak memasukkan ilmu2 fiqh @ feqah untuk menambah ilmu selain mentarbiyyah diri..pertama-tamanya,jom kita ta'aruf dengan ilmu fiqh.. :)

PERKARA ASAS TENTANG FIQH

1) Ta'rif Ilmu Fiqh : Mengetahui praktikal hukum syar'ie bersumber daripada dalil-dalil yang terperinci. Merupakan ilmu perundangan Islam yang syumul.

2) Pecahan dan Kesyumulan Fiqh : Memastikan kehidupan individu, masyarakat dan umat Islam selari dengan hukum-hakam syar’ie di bidang berikut : -

a. Hubungan dengan Allah SWT ; iaitu melalui Fiqh Ibadat.

b. Hubungan manusia dengan dirinya sendiri ; iaitu melalui kefahaman halal, haram & adab-adab peribadi.

c. Hubungan manusia dengan ahli keluarga ; melalui Fiqh al-Usrah.

d. Hubungan manusia sesama manusia lain ; melalui Fiqh Mu’amalat Maliah, Fiqh Jinayah ( hudud, qisos, ta’zir), Fiqh Siyasah Syar’iyyah (politik), Fiqh al-Jihad.


Kesimpulan : Islam melingkupi seluruh aspek kehidupan dan tidak terhad kepada hukum hakam persendirian dan keluarga sahaja.

3) Fleksibliti Hukum Fiqh : Hukum dari sudut boleh berlaku fleksibiliti ke atasnya atau tidak, terbahagi kepada dua iaitu :-

a. ‘At-Thawabit’ : iaitu hukum yang tidak boleh berubah sama sekali walaupun zaman dan masa berubah : Ia melibatkan perkara berikut [1] :-

· Asas-asas aqidah ; seperti : kewujudan Allah, kesempurnaan Allah dan yang seumpamanya.

· Asas-asas kebaikan dan asas akhlak yang diterima oleh fitrah yang suci. Ia seperti : Adil, amanah, baik kepada ibu bapa, bersikap benar, mempertahankan nyawa, amar ma’ruf nahi mungkar, menyebarkan ilmu, mengekalkan syiar Allah di atas muka bumi, mentarbiyah pemuda dan pemudi, menyertai jemaah Islam dan lain-lain.

· Seluruh asas-asas keburukan ; seperti zalim, derhaka ibu bapa, curi dll.

· Hukum yang berasal dari nas yang membawa maksud kekal hingga qiamat , seperti sadba Nabi SAW : الجهاد ماض إلى يوم القيامة

Ertinya : “Jihad berterusan hingga ke hari qiyamat”

· Hukum-hakam asas yang qat’ie (iaitu dari sudut ia suatu kewajiban) adapun pelaksanaannya terdapat hal yang boleh berubah menurut peruntukan ‘rukhsoh’ : seperti kefardhuan solat, zakat, haji, puasa .


b. ‘Al-Mutaghayyirat’ ; Hukum yang dibina atas dalil-dalil yang tidak ‘qat’ie thubut’ atau ‘zanniyyatu at-thubut’ dan ‘zanniyyatu ad-dalalah’ dan juga beberapa hal pelaksanaan terhadap perkara ‘thawabit’ seperti : Kewajiban menutup aurat, adalah thawabit demikian juga had yang perlu ditutup, maka kaedah pelaksanaannya terpulang kepada muslim, samada ingin memakai warna biru, hitam, hijau dan lain-lain. Demikian juga hal pentadbiran politik yang berubah mengikut keperluan tetapi MESTILAH BERLEGAR DIDALAM LINGKUNGAN ‘THAWABIT’ sahaja serta tidak menyimpang darinya.

4) Sifat Umum Hukum Islam :

a. Bertepatan dengan fitrah yang sohih, dan tidak bertentangan dengan aqal yang sempurna. Dalil – Rujuk Firman Allah : Ar-Rum : 30

Perkara ini ditegaskan juga oleh As-Syeikh Abd Rahman Nasir As-Sa’di dengan katanya “ Sesungguhnya syarak tidak akan datang dalam bentuk yang bertentangan dengan aqal, juga tidak akan bertentangan dengan ilmu yang benar” [2], Perkara ini juga pernah diketengahkan oleh Imam Ibn Taymiah dalam kitabnya ‘Dar’u at-Ta’arud bayna an-Naql wal ‘aql’ (Menolak pertentangan di antara nusus dan aqal), demikian juga disebut oleh Ibn Qoyyim : “ Tiada satu nas shohih pun kecuali ianya bertepatan dengan aqal” [3]

b. Dibina di atas dasar ‘Taysir wa raf’u al-Jarh’ ; iaitu memberi kemudahan buat manusia dan mengangkat kesukaran dari mereka” ; Dalilnya dari firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 185 , Al-Maidah : 6 , An-Nisa’ : 43 , Al-Baqarah : 183 , Al-‘A’raf : 157.

c. Menegak keadilan ; Dalil , firman Allah : Al-An’am : 115 dan banyak lagi.

d. Memelihara kepentingan ummah dan kesejahteraan ummat dan mengelakkan mafsadah dari berlaku ke atsa mereka. [4] Dalil - Firman Allah : Al-Qasas : 77

e. Kekal ; Ia adalah syari’at terakhir dan bersifat pembatal kepada syari’at sebelumnya. Dalil : firman Allah : ahzab ; 40.

f. Tadarruj dalam penurunannya. Bagaimanapun wajib dilaksana segera ketika mampu, Dalilnya dari firman Allah : Al-Imran : 133 ; Al-Maidah : 48 , An-Nisa’ : 65 ; dan hadith Nabi SAW, ertinya : “Apabila aku perintahkan dengan sesuatu perintah, maka perbuatlah kamu seaya upayamu, jika ku larang sesuatu pekara jauhilah ia” [5]

Adapun sikap ulama kontemporari terhadap Isu ‘Tadarruj’ dalam pelaksanaan hukum Islam, secara umumnya mereka terbahagi kepada dua kumpulan :-

· Tidak bersetuju dan wajib melaksanakannya segera : ia adalah pandangan As-Syahid Syed Qutb, As-Syahid Abd Qadir Awdah, Dr. Said Ramadhan Al-Buti.

· Bersetuju dengan Tadarruj berperancangan ketika tiada kemampuan : mereka adalah Abul A’la al-Mawdudi, Dr Yusof Al-Qaradhawi & Dr Muhd Abd Ghaffar Syarif.


Bagaimanapun kumpulan ini meletakkan beberapa syarat iaitu [6] :

- Yakin tentang kewajiban melaksanakan syari’at Islam secara sempurna , dan wajib menyediakan suasana yang sesuai bagi melaksanakan tuntutan tersebut.

- Bukanlah bermaksud tadarruj, menjatuhkan hukuman kepada si lemah, dan meninggalkan si kaya dan yang berpangkat.

- Prinsip Aqidah tidak termasuk dalam bab tadarruj ini.

- Prinsip-prinsip asas Islam tidak termasuk dalam harus tadarruj, seperti solat, puasa, tidak boleh berzina, tidak boleh minum arak, berjudi dan seumpama dengannya.

5) Sifat Khusus Islam & Hukum-hakamnya.

a- Rabbani : Bersifat ketuhanan dari sudut : Sumber dan Manhaj.

b- ‘Alami : Menyeluruh buat seluruh manusia di seluruh tempat.

c- Syumuli : Merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Surah Anbiya: 89

d- Waq’ie : Sesuai di setiap keadaan, tempat dan masa.

e- Thawabit wal murunuh : Thabit dalam hal prinsip dan fleksible dalam hal pelaksanaan.

6) Sebab Ikhtilaf Fuqaha’ dalam hukum-hakam yang bersifat Dzonniah.

Secara umum, perbezaan pandangan merujuk kepada hal berikut :

Perbezaan dalam menentukan sesebuah dalil sesuai di jadikan dalil untuk sesuatu hukum @ tidak.
Perbezaan dalam menentukan kekuatan ‘thubut’ dalil.
Perbezaan dalam menentukan darjat kekuatan perawi hadith.
Perbezaan memahami erti dan madlul dari al-Quran dan Al-Hadith.
Perbezaan dalam membuat penilaian, penelitian dalil dan ‘tarjih’.
Perbezaan pemikiran akibat suasana dan persekitaran.

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/123-pengenalan-ilmu-fiqh-islam.html


bicara elya : moga2 memperoleh manfaat..insyaAllah..mood : baru balik nadwah bangkit bangsa..moga saf pimpinan adik2 2011/2012 makin mantop..amin..

Tuesday, July 12, 2011

dia,Rabiatul Adawiyyah..



Subhanallah...Rabiatul Adawiyah..tahajud beratus2 rakaat shingga subuh..ada riwayat mngatakan 100,500 rakaat..dlm 24 jam,mampu solat 1000 rakaat..subhanallah..
petikan dari buku bertajuk 'wanita-wanita sufi'..tp kita.. =(

Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa a.s.
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a.
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a.
Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH....




Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Rabiah Al-Adawiyah Al-Bashriyah dan bertanya: "Saya ini telah banyak melakukan dosa. Maksiat saya bertimbun melebihi gunung-ganang. Andai kata saya bertaubat apakah Allah AKAN menerima taubat saya ?".

"Tidak," jawab Rabiah.

Pada hari lain seorang lelaki datang kepadanya dan berkata:

"Seandainya tiap butir pasir itu adalah dosa, maka seluas gurunlah tebaran dosa saya. Maksiat apa saja telah saya lakukan, baik yang kecil mahupun yang besar. Tetapi sekarang saya sudah menjalani taubat. Apakah Tuhan menerima taubat saya ?"

"Pasti," jawab Rabiah dengan tegas.

Lalu Rabiah menjelaskan:

"Kalau Tuhan tidak berkenan menerima taubat seseorang hamba, apakah mungkin hamba itu tergerak menjalani taubat ? Untuk berhenti daripada dosa, jangan simpan kata 'AKAN atau ANDAI KATA' sebab hal itu akan merosakkan ketulusan niat mu."


bicara elya : kagum cinta Rabiatul pada alKhaliqnya..~

Saturday, July 9, 2011

.::bicara cinta::.

alhubb fiLlah.. :)





Assalamualaikum wa salam mahabbah..

entah,tiba2 hati ingin berbicara..betapa rapuhnya iman di dada..kadang,merasakan diri ini terlalu hina dihadapanNya..namun masih belum berbuat apa2..AstarfiruLlah..

sungguh mudah rupanya hati ingin terikat dengan dunia..dunia yang hanya sementara..tempat mencari bekalan untuk bekalan di sana..di mana tempat letaknya TAQWA dalam hati kita?AstarfiruLlah..

dan hati terus memuntahkan rasa..rasa yang tak ingin dipendam lama..kerana cinta dunia itu penuh tipu daya..ya!bukan semua cinta dunia itu hina..tapi kita manusia sering lupa..lupa meletakkan cinta di tempat yang sepatutnya..akhirnya,jauh dari cinta yang selayaknya..AstarfiruLlah..

kata hukama,kejar dunia ibarat kamu akan hidup selamanya..kejar akhirat bagai esok merupakan hari kamu mati..namun langkah tak selalunya sempurna..terjatuh dan tersungkur..namun bukankah itu lumrah kehidupan?untuk mengajar erti kebangkitan..

Tuhan,ampunilah hati dan diri yang selalu lupa bersyukur atas nikmatMu..yang selalu lupa mengejar cinta AgungMu..jika hati ini belum cukup mencintaiMu,rahmatilah kami..agar kami akan terus bersujud padaMu oh Ilahi..agar cinta abadi akan datang nanti..cintaMu yang tiada galang ganti..amin..

buatmu pula hati,jagalah kerajaanmu..agar terus terbimbing melakukan sesuatu perkara..menabur mahabbah fiLlah dalam umat manusia..bukankah kamu itu raja buat tubuh badanmu?hurmm,,ceriakan dirimu dengan zikruLlah..barulah pelangi sentiasa mewarnai..

cinta dunia,hanya sekadarnya..pada ibu bapa,guru,sahabat dan selainnya..jangan biarkan bayangan maya menutup mata hati..kerana hati perlu dipenuhkan dengan cinta Yang Esa dan kekasihNya,Rasulullah yang mulia..teruskanlah bermujahadah,mujahadah mencari cinta yang sebenarnya,yang ikhlas datang dari jiwa..insyaAllah..Allahu Rabbi.. :)




bicara elya : hubungan cinta dengan Allah adalah hubungan yang terbaik yang kita boleh miliki..Allah fii qalb daiman wa abada,biizniLlah.. <3

Monday, July 4, 2011

BIDADARI dunia..~

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.”

Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)




bicara elya : seindah hiasan ialah wanita solehah.. :)

Sunday, July 3, 2011

syaaban yang indah.. :)


BULAN Syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt.

• Ia adalah bulan yang membawa keberkatan.
• nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.
• Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini.
• Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nasaei dari Usamah bin Zaid ra berkata:
”Aku bertanya Rasulullah tentang bulan Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat sebagaimana beliau berpuasa dalam bulan Syaaban.
Baginda menjawab: ”Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan diangkatkan catatan amalan hamba kepada Allah swt. Dengan itu aku amatlah suka supaya diangkatkan amalanku ketika aku berpuasa.”

Sebenarnya amal ibadat hamba diangkat oleh malaikat tiap-tiap hari manakala amal ibadat bulan Syaaban ini bolehlah dikatakan laporan tahunan bagi amalan hamba.

Hadis ini menunjukkan bahawa ramai yang lalai dalam bulan Syaaban ini. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat seperti mana mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat kepada Allah swt pada bulan Ramadan. Ini kerana adat Jahiliyah dahulu orang Mekah lebih mengutamakan dan memuliakan bulan Rejab dan melupakan bulan Syaaban.

Di antara hikmah digalakkan banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban ialah kerana selepasnya dituruti oleh bulan Ramadan yang diwajibkan berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa pada bulan Syaaban merupakan perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan puasa Ramadan sepenuhnya.

Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kuranglah rasa penat dan tidak terkejut untuk berpuasa dalam Ramadan nanti.

Sebuah hadis lagi yang memberi perangsang kepada kita umat Islam supaya mengikut sunah Rasulullah saw.

1. Al-Nasai dari Ummu Salmah berkata: ”Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Syaaban dan Ramadan.

http://nisfusyaaban.blogspot.com



bicara elya : dah dekat dengan bulan mulia,rindu sujud solat
terawih! ;)

Friday, July 1, 2011

hati oh hati!



Hati itu indah jika disulami dengan keimanan..
Hati itu kotor jika terikat dengan kemarahan..
Hati itu cantik jika tidak mengata keburukan..
Hati itu dicipta untuk kebaikan diri kita..
Sayangilah hati selagi ianya 'ada'..^^

bicara elya : bukankah Nabi bersabda bahawasanya hati itu raja..mge2 ada raja yg baik dalam diri kita,insyaAllah.. :)