Assalamualaikum. :)
Jiwa mana atas dunia tak pernah rasa kecewa. Kehilangan cinta, terluka. Memilih antara sebuah rasa atau risalah agama.
Haqqul yakin.
Sangat lemah rupanya diri. Kepada Tuhan sebaik-baik tempat kita kembali. Bersarang lamanya blog ni, setelah separuh jiwa hilang waktu itu. Tersenyum sendiri.
Kata orang, bila kita dah mampu senyum pada kisah perit kita dahulu, ia menunjukkan kematangan. Kerana kita sudah berjaya berjalan dan saat kita menoleh ke belakang, ada senyum yang terukir. Moga-moga. Walau masih ada butiran air mata tersisa. *Sapu cepat-cepat. :')
Hikmah Tuhan
Hikmah Tuhan itu misteri. Rahsia penuh cinta.
Ibaratnya hikmah kemalangan penerbangan Malaysian Airlines baru-baru ini, sekarang perasaan cakna terhadap suruhan agama semakin tinggi,
Paramugari diusul menutup aurat,
Diusahakan untuk tidak dihidangkan arak,
Dibacakan doa dalam perjalanan.
Nampak simple, tapi impak barokah dari Tuhan jangan main-main. Kun fayakun!
Macam tu jugalah pahit maung yang penah kita rasa dalam hidup.
'The pain you feel today is the strength you feel tomorrow.'
Seems true to me.
Mendoakan.
Saling berdoalah. Agar masing-masing ketemu bahagia.
Kata orang, ada tiga kuasa yang mampu merubah segala apa,
Kuasa Allah,
Kuasa kasih sayang,
Kuasa doa.
Jangan pernah pandang rendah pada kekuatan sebuah doa. Kerana doa kita juga terus memohon kepada Dia Yang Memiliki Semesta Raya. Mahu apa lagi?
Berdoalah agar terus kuat menjalani kehidupan,
Sekurang-kurangnya, kekuatan untuk bertahan.
Terima Kasih Tuhan.
Benarlah kata adik sorang ni,
Kita pernah meminta syurga, harusnya ada ujian mendatang menapis diri kita.
Layakkah untuk didirikan sebuah mahligai permata untuk kita di sana?
Untuk kisah semalam yang penuh warna, berterima kasihlah pada Tuhan.
Untuk kisah hari ini yang terukir pelbagai cara, berterima kasihlah pada Tuhan.
Untuk kisah mendatang dalam keadaan tak tercapai di fikiran, berterima kasihlah pada Tuhan.
Kerana Dia masih sudi meminjamkan kita secebis waktu untuk kita tuju pada Dia. Merasai turun naik sebagai hambaNya. Memberi cerita, berkongsi rasa dan menyebar bahagia. Teruskan berjalan, Semakin bertambah hari, semakin dekat kita dengan kematian. Syurga neraka, yang mana satu destinasi perhentian?
Untuk setiap tangis, kelam, kecewa,
InysaAllah esoknya tersedia pelangi yang menghiasi udara.
Asal kita yakin,
Dia merancang dengan penuh cinta.
Mana mungkin kan kecewa, yang tinggal hanya bahagia.
Senyum. :)
Bicara elya : Buka 'halaman' hati yang baru. Moga lebih bersih, jernih dan putih. InsyaAllah. Dengan nama Tuhan, kita mula.