Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Friday, February 7, 2014

Apabila Kalam Tuhan Berbicara

"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: "Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka."

[AlBaqarah : 165-167]

Bicara elya : The moment when you feel lost, and He sent you these..AllahuRabbi..

Kerana hidup itu kembarnya ujian.

Hidup dan ujian itu kembar.

'Adakah kamu menyangka kamu itu beriman sedang kamu tidak diuji seperti kaum-kaum yang terdahulu?'

Yang membezakan, cara kita melihat sesuatu itu. Bala? Atau rahmat?

Mungkin, zahirnya kita perlu senyum. Harus kuat untuk menguatkan. Bukan kerana kita sahaja yang perlu menguatkan. Bukan. Kerana tanpa sedar, insan sekeliling kita juga senyum walau ada perit dalam jiwa, untuk menggagahkan kita. Senyum, tanda syukur. :)

'Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.'

Pada sekelumit sabar kita, ada hikmah yang sedang memekar merah. Pada sujud kita, ada ketenangan yang berlumba masuk menuju jiwa yang pasrah. Maka benarlah, pertolongan yang terbaik hanya dari Dia. Kenapa perlu putus asa? Sedang Dia Pencipta Semesta, pemilik tujuh lapis atas dan bawah dunia.

Bukan senang

Ibarat si pendaki yang bercita-citakan puncak yang tinggi. Harus punya bekalan yang mencukupi. Pasti, dakian yang ditemani batu tajam, jalan curam bukan sesenang yang disangkakan. Diredah jua demi matlamat yang sudah dipasak kukuh dalam hati.

Begitu jugalah seorang pejuang kehidupan. Menuju matlamat yang lebih besar. Redha Tuhan Yang Esa. Harus sahaja jalannya lebih banyak cerucuk duri. Harus sahaja jalannya lebih berliku. Demi sebuah nikmat yang tak terbayang dek mata, tak terdengar di telinga, tak terimiginasi di fikiran.


Pesan bidadari istimewa,

"Sabar. Kuatkan semangat. Masih panjang jalan yang harus dilalui. Banyak lagi kecewa yang akan ditempuhi. Kuat semangat. Life is not made up of honey and sugar all the time. Masih banyak nikmat yang ada depan mata perlu kita syukuri."

Terima kasih,
bonda. :')

Sabarlah.

Bicara elya : 'Dan Demi Tuhanmu, bersabarlah.'