Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Tuesday, October 9, 2012

niat :)


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
bicara elya : dah tajdid niat belum hari ni? :)

Sunday, October 7, 2012

three stories.. ^^


bicara elya : cerita kita yang mana?semua? :)

Friday, October 5, 2012

ukhwah itu indah..

sahabatku sayang,
walau dua benua kita terpisah,
namun hati kita masih bersatu,
atas nama Tuhan Yang Ahad,Satu..

sahabatku fiLlah,
bisa saja butiran jernihku mengalir,
tatkala mengimbau kenangan rasa suka duka kita,
dalam proses tarbiyyah dari Dia Yang Esa..

dalam doa,
insyaAllah,
akan sentiasa terselit namamu..
moga nanti,
kita akan masih mampu bertemu,
di pintu Jannah sambil kita tersenyum..

dan yang sentiasa di sisi,
sentiasa ku harap kita sehati,
dalam menempuh hari-hari,
menuju cinta dan redha Ilahi..

Allahu Rahman,
AllahuRahim,
Allah ya 'Alim..
bantu kami dalam melangkah..

tak kuat kami mujahadah tanpa izin dariMu,
tak mampu kami berjuang tanpa rahmat dariMu..
cukuplah Engkau ya Qawiyy,
sebagai penolong kami,
di dunia mahupun alam akhirat nanti..

ukhwah ini,
akan ku genggam erat,
walau tak mampu ku jadi sesetia Sayydina Abu Bakar,
mahupun secinta Ali kepada RasuluLlah..

namun bulan sentiasa menjadi saksi kita,
bahawa pertemuan ini,
atas namaNya,liLlah..

insyaAllah.. :))