Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah
Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara ...tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.
Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya.
Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.
Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?".
Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".
Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.
Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?".
Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya.
Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".
Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke
bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan
jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".
Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".
Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.
-kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.
Friday, May 31, 2013
Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah.. :')
rasa qalby CintaElya at 10:57 PM 0 coretan hati
Labels: story buat rohani..=), wasilah ilmu...~
Wednesday, May 22, 2013
segalanya hanya pada Dia.
"Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya..
rasa qalby CintaElya at 8:06 AM 0 coretan hati
Labels: kalimah-kalimah ciNta...=)
Monday, May 20, 2013
pemburu cinta.
pemburu cinta itu akan menghabiskan seluruh kudratnya hanya untuk cinta yang didamba..memanfaatkan segala masa yang tersisa demi cinta..
ya,demi cinta yang kekal selamanya..cinta Allah Yang Esa..yang sentiasa sudi menyambut hambaNya yang hina..
...
tinggal si hamba itu untuk memburu rasa bahagia..dan benar-benar menjadikan dunia sebagai jambatan menuju redhaNya..AllahuRabbuna..
pemburu cinta Ilahi.
rasa qalby CintaElya at 6:05 AM 4 coretan hati
Sunday, May 19, 2013
cara mimpi indah bertemu Baginda.. :')
rasa qalby CintaElya at 6:02 AM 2 coretan hati
Labels: video mumtaz..=)
Saturday, May 18, 2013
musafir hina..
dunia itu hanya sebuah persinggahan..persinggahan sementara..tatkala kita berada di sesebuah persinggahan untuk menuju ke destinasi..seperti R&R (baca : rehat dan rawat) di mana-mana lebuh raya,agak tidak logik untuk kita bina mahligai intan permata di sana..kerana kita tahu yang kita berada di persinggahan itu tidak lama..
sekadar melepas lelah dan mengisi perut untuk terus kuat meneruskan perjalanan..hingga sampai ke destinasi sebenar..
ya,dan dunia juga merupakan R & R sementara..sebelum kita sampai di kampung akhirat sana..AllahuRabbi..
Suatu ketika AbduLlah bin Mas’ud melihat RasuluLlah saw sedang baring, apabila Nabi bangun dari tempat pembaringannya, AbduLlah bin Mas’ud terlihat ada kesan jalur-jalur tikar di belakang RasuluLlah saw. Ini kerana disebabkan tikar alas tidur RasuluLlah saw diperbuat daripada daun kurma yang kasar, maka kesan tikar itu amatlah ketara. Timbullah rasa belas kasihan di hati AbduLlah bin Mas’ud.Berkata Ibn Mas’ud: “ Ya RasuluLlah sekiranya kamu perintah aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut untuk Mu nescaya aku akan berusaha mendapatkannya”.
Tetapi RasuluLlah saw bersabda yang bermaksud:
“ Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan”.Sedia Bekal
analogi mudah,seorang pelajar..merantau ke mana-mana untuk menuntut ilmu..dari Timur, terbang ke Barat..dari Semenanjung, berhijrah ke Sabah Sarawak..dari tanah air, membawa diri ke negara luar..demi setitis ilmu dari lautan ilmu-ilmu Tuhan..
erm,selama kita merantau tu,
kita ada construct rumah besar-besar ke?
kita ada beli lot-lot kedai untuk perniagaan kita ke?
kita ada melancong sana sini sepanjang masa hingga tak ingat uni ke?
eh.
mungkin ya untuk kita sewa rumah..dan melancong mana-mana waktu cuti..tapi takdelah sampai lupa balik uni kan?
Sebab Kita Punya Tujuan
benar..kita merantau sana sini menyambung pelajaran adalah untuk belajar..betul tak?itu prioriti kita..kerja berpersatuan,buat perniagaan dan lain-lain itu satu bonus..tapi belajar tetap belajar..sampai kita mampu genggam ijazah,ambil gambar hari jubah,beli tiket balik rumah..
untuk apa?untuk berbakti di tempat kita..menggunakan kembali semua ilmu yang kita belajar demi manfaat masyarakat setempat..dan memberi kebaikan kepada Ummah umumnya..
Dunia Tempat Rebut Peluang
begitu juga dunia..hampir semua,apabila ditanya apakah tujuan kita di dunia,lancar lidah menjawab..sebagai hamba Allah dan khalifah untuk memakmurkan bumi..namun adakah kita menzahirkan tugas kita itu sebaiknya? *muhasabah diri
sungguh,dunia ini tempat kita menanam benih kebaikan..supaya di kampung akhirat sana,kita mampu menuai hasil sebaik-baiknya dan sebanyak-banyaknya..itulah yang akan ditimbang untuk menentukan Jannah atau Jahannam sebagai tempat pulang kita..
musafir kita di sini,hanya sekadar sehari atau sepetang..
dan hidup kita di sana, selamanya yang tiada akhir..
apa bekal kita untuk bertemu Yang Esa?
jom!masa berlalu tanpa ada izin laluan..zaman sekarang,kita perlu terbang..atau berlari kencang,demi cinta dan redha Tuhan..duhai sayang,rawatlah jiwa kita jua mereka..sementara masa masih tersisa..agar matlamat sepanjang hidup jelas dan nyata..berbakti hanya kerana Ilahi,menuju cintaNya yang hakiki..
musafir hina itu kita,berjalan di bumi yang bakal musnah akhirnya..
at least yang boleh kita buat, qudwah..senyum pun boleh beri impak besar..tak percaya?se acu cuba try test..moga sama-sama kita thabat..insyaAllah.. ;)
bicara elya : kadang-kadang kita tahu,tapi tak sedar-sedar..sebab tu lalai..AllahuRabbi..
rasa qalby CintaElya at 9:16 AM 2 coretan hati
Wednesday, May 15, 2013
see with your heart..
rasa qalby CintaElya at 3:29 AM 0 coretan hati
Labels: kartun2 Islam santai...=)
Monday, May 13, 2013
Air mata terindah.. :')
1. Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.
2. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.
3. Air mata terindah mengalir kamu mengusir kawan-kawan yang berperanga...i buruk.
4. Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.
5. Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.
7. Air mata terindah mengalir semasa kamu menolong kesedihan manusia.
8. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama berpisah.
9. Air mata terindah mengalir semasa kamu mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW, di Masjid Nabawi dan rindu kepada beliau.
10. Air mata terindah mengalir semasa hatimu tersentuh dengan ayat-ayat al-Quran
12. Air mata terindah mengalir semasa kamu dapat bersama dengan insan yang kamu cintai kernaNya
13. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar Allah masih setia menyayangimu ketika orang lain membencimu.
14. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar siapa kamu, siapa tuhanmu, dan hati mu berbisik.. aku hamba Allah ! Allah tuhanku !
14. Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah SAW insyaAllah.
rasa qalby CintaElya at 9:21 AM 2 coretan hati
Labels: luv Islam abadan abada..~
Saturday, May 11, 2013
Ahlen ya Rejab! :)
Salah satu bulan haram (berperang) yang dimuliakan Allah dalam Surah at-Taubah, ayat 36.
BERPUASA SUNAHLAH PADA BULAN REJAB TAPI JANGAN BERPUASA SEBULAN PENUH.
Dalam buku Fiqh Shiyam, karya Prof. Syeikh al-Qaradhawi, antara puasa-puasa sunah dalam Islam ialah puasa pada bulan-bulan 'haram' ini. Ia berdasarkan satu hadis panjang riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa'i.
I...mam Ahmad memakruhkan puasa sebulan penuh pada bulan Rejab.Ibnu Umar dikisahkan berkata,
"Berpuasalah di sebahagiannya dan berbukalah di sebahagian yang lain." (Jangan berpuasa sebulan penuh).
Ibnu Abbas pun meriwayatkan demikian. Dia memarahi, "Apakah kalian akan menjadikan bulan Rejab bulan Ramadhan?"
Usah berpuasa sempena Isra' mi'raj pada 27 Rejab dengan niat ia anjuran Islam. Syeikh al-Qaradhawi menggolongkannya sebagai puasa bid'ah. Jika berpuasa pada tarikh itu sempena sunahnya berpuasa isnin khamis dan sebagainya tidak mengapa.
[Fatimah Syarha]
bicara elya : debaran menanti bulan mulia..AllahuRabbi..permudahka
rasa qalby CintaElya at 12:49 AM 1 coretan hati