Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Sunday, April 29, 2012

apa itu IHSAN?

Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi saw dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan :-

مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9]

bicara elya : dan Allah itu Maha Melihat.. :)

Wednesday, April 25, 2012

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004) KPD PEMUDA DAN PEMUDI


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mul...ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.

Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
wallahua'lam

bicara elya : walau di mana kita berada,jadikan pegangan agama itu yang utama..insyaAllah..moga menjadi renungan..

Monday, April 16, 2012

P=F/A

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

ya,dan masa terus berlalu tanpa ada izin laluan..sama ada kita tersedar mahupun tidak..menggunakannya secara bijak atau sebaliknya..kata Imam Ghazali,"yang paling jauh sekali bukan matahari,bukan bulan....tetapi masa lalu"..insyaAllah kita sama-sama berusaha mengoptimumkan hari ni untuk lebih cemerlang pada hari esok.. :)

yang pernah belajar fizik,mesti tahu formula pressure kan? *rindunye nak belajar dengan sir noormi* ok,back to the topic..formula pressure :




P = pressure
F = force
A = area

when the area increase,the pressure will decrease

sebelum nak hurai pasal formula ni,nak buat satu anologi dulu..

si A ni hutang dengan kedai RM100..jadi dia risau takut-takut tak boleh bayar balik..jdi kawan A,si B pun murah hati nak bantu kawan dia..jadi dia bagi RM50 dekat A..jadi A pun legalah sikit..sebab sekarang dia perlu cari rm50 lagi..half price dah tu..

ok,kalaulah A tu ada 4 orang kawan yang nak bantu dia..setiap seorang perlu bagi RM20je kan untuk langsaikan hutang..kalau ada 10 orang kawan yang baik hati..cuma RM10 je setiap orang..bayangkan kalau ada 100 orang kawan..cuma sumbang RM1 je seorang..tak yah A ni risau-risau lagi..betul tak?

area tinggi,pressure kurang

sama je dengan statement tadi, when the area increase,the pressure will decrease..

bila kita nak manupulated pressure dengan area,element force kita perlu constantkan ia..erm,pemboleh ubah malar kalau malay punya..
ex : kasut tumit tinggi,area dia kecik kan..jadi pressure ke atas kaki pemakai tu akan tinggi..

macam kisah A jugak..sahabat2 yang menolong tadi boleh diibaratkan seperti area untuk mengurangkan pressure(tekanan) A yang berhutang..nampak tak relation dia?semakin ramai kawan,semakin kurang tekanan.. *erm,apa sebenarnye nak cakap ni?

Allah itu Akbar!

nak sampaikan dekat sini,dalam hidup sebagai hamba,kita boleh hidup dengan tenang..tiada tekanan..dengan cara meletakkan Allah itu sebagai 'area' dalam hidup kita..kekuatan Allah itu infinity kerana AllahuAKBAR..Allah Maha Besar..

bayangkan..bila area itu infinity,pressure boleh jadi less less than zero..*ok,just nak bagitahu pressure tu kurang dan hidup jadi tenang..

bukankah dalam alQuran pun dah sebut dan kitapun sentiasa jadikan ayat ni sebagai penenang hati kita.. :)



jadi,apa-apapun yang terjadi,sebesar manapun ujian datang menimpa,lautan dugaan bergelora,serahkan pada Allah..Dia Yang Maha Mengetahui..tak perlu frust,stress atau tertekan..ingat,when the area increase,the pressure will decrease..P=F/A

WaLlahua'lam

bicara elya :walau seremuk mana hati dilukai,bentuklah ia semula..dan serahkannya pada Ilahi..insyaAllah,ada kebahagiaan yang menanti..senyum..^^

Tuesday, April 10, 2012

jadilah seorang raja!

"Berapa lama awak dalam bidang ini?" Begitu kadang-kadang anda ditanyakan orang. Kemudian yang bertanya akan membandingkan pencapaian itu dengan pencapaian si polan itu, si polan ini.

Silap-silap anda akan terasa kerdil bila si penanya akan meletakan 'orang besar' dalam bidang tersebut sebagai penanda aras kecapaian. Aduh, terasa anda masih jauh. Anda masih merangkak ketika orang lain telah berjalan, berlari dan melompat. Anda kalah, kalau jika sebaik sahaja perbualan itu tamat, anda mula merasakan, oh, malangnya nasib ku!

"Berapa ramai anak di universiti?" Sebaik sahaja anda menjawabnya, si penanya akan bertanya, "dalam bidang apa? Doktor, jurutera, farmasi atau arkitek?" Jika anak anda berada di bidang-bidang lain, yang tidak dianggap 'prestij', si penanya akan menerangkan betapa 'rendahnya' nilai profesion anak anda itu jika bidang pengajiannya 'biasa-biasa' sahaja.

Jika tidak berhati-hati, rasa rendah hati akan tersuntik tanpa disedari. Alangkah bertuahnya dia, alangkah ruginya aku...

Itu belum lagi anda bertemu dengan 'pak lawak' yang merasa besar hanya kerana punya kenalan di kalangan 'orang-orang besar'. Anda seperti hendak ketawa bila dia bercerita tentang Tan Sri itu, Puan Sri ini, Datuk ini, Datin itu, yang kononnya sangat akrab dengannya.

Padahal dia hakikatnya hanya 'pecacai' sahaja kepada orang besar yang diuar-uarkannya itu. Keinginannya menjadi besar menyebabkan dia 'kecil' bila hilang harga diri dan suara hati sendiri ketika bergaul dengan 'orang besar'nya. Angguk-angguk, tunduk-tunduk... Ya, Tok! Yes, Tan Sri!

Perkara-perkara yang saya sebutkan di atas, mengingatkan saya kepada perbualan bersama Mat (bukan nama sebenar) seorang sahabat yang sangat akrab dengan saya.

"Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?" tanya Mat. Nadanya sedih.

"Mengapa?" tanya saya simpati.

"Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama."

"Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu."

Dia merenung jauh.

"Kalau kita dihargai kerana berpangkat, berharta dan bernama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita tetapi untuk pangkat, harta dan nama."

"Tetapi aku sedih... Setelah sekian banyak yang aku lakukan."

"Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya, majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia," kata saya seakan memujuk.


"Aku sedih, itu sahaja..."

"Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga."

Mat mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.

"Apa maksud kau?"

Melihat Mat mula tenang saya mula bercerita. Ada dua cerita, secara santai saya mula bercerita: Pertama, cerita tentang Nasiruddin seorang Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.
"Selamat datang ulama, selamat datang orang alim... Ajarkan kami, ajarkan kami," sorak penduduk kampung.

"Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?"

"Kerana serban besar yang tuan pakai."

Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

"Nah, sekarang kau semua belajar daripada keldai ku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!"
Mat ketawa mendengar cerita saya.

"Kau tahu, Nasirudin tetap Nasiruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting ialah diri kita bukan pakaian, gelaran dan harta yang kita miliki. Dan kita sebenarnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kita sendiri."

"Betul ke?"

"Ini hasil kajian pakar psikologi Mat... Menurut mereka penilaian kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang lain terhadap kita."

"Jadi, jangan sampai penilaian orang lain mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri, begitu maksud kau?"
"Kau lebih tahu Mat. Lagipun apa gunanya penghargaan daripada orang yang sebegitu. Hidup terlalu singkat untuk kita berikan masa bagi mereka yang semacam itu."

Cerita kedua: Seorang bijak pandai telah dijemput ke satu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dijemput langsung untuk makan. Tuan rumah mengutamakan orang-orang kenamaan yang lain.

Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian yang mahal dan gemerlapan dan pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk-pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya. "Mengapa?" tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, "tuan rumah hendak menjamu pakaian ku bukan diri ku!"

Sekali lagi Mat ketawa.

"Mat, orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to 'complete' not to 'compete' – hidup bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!"

Kemudian, giliran Mat pula bercerita – betapa ramai anak yang begitu 'admire' dengan Ibu Mithali yang dinobatkan oleh pihak itu dan ini sehingga mengecilkan jasa ibu sendiri. Kononnya, ibu Mithali itulah yang lebih baik daripada ibu mereka sendiri. Dan betapa ramai pula ibu yang impikan anak seperti mereka yang dianugerahkan 'Pelajar Cemerlang', 'Remaja Dedikasi' dan sebagainya... hingga merasakan anak sendiri kurang 'hargainya.

"Apa pesan awak untuk anak dan ibu seperti itu?"

"Aku katakan, ibu kita mungkin bukan ibu yang terbaik... tetapi sebagai anaknya, kita mesti nampak di mana kebaikan ibu kita sendiri."

"Tepat Mat. Begitulah juga dengan diri sendiri. Kita ini bukan orang terbaik, tetapi kita mesti menghargai 'kelebihan' atau 'kebaikan' kita sendiri. Kita akan memajukan diri kita ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu."

"Ertinya kita bertanding dengan diri sendiri?"

"Betul tu, bertanding dengan diri sendiri, berkongsi dengan orang yang lain."

Oh, alangkah tenangnya diri jika berpegang kepada prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia... hanya untuk mencari nama, harta dan jawatan.

Saya teringat cerita seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, "siapa kamu?"

"Saya raja," jawab petani.



"Raja?"

"Ya, raja pada diri saya sendiri!".

bicara elya : sayangilah diri anda..dan ingat,IMAN dan TAQWAlah yg menjadi penilaian DIA Yang Mencipta.. :)

Thursday, April 5, 2012

solat au singa?!



AL-KISAH TERSEBUTLAH KISAH..

seorang anak MURID bertanya kepada SYEIKHNYA :

MURID : wahai tuan guru, sekiranya seekor SINGA lalu dihadapanku ketika aku sedang solat, adakah aku perlu meneruskan solatku itu??

lalu TUAN GURU itu menjawab :

TUAN GURU : sekiranya wudhu'mu itu masih kekal..maka teruskanlah..

bicara elya : masih berusaha mencari khusyu'..insyaAllah.. :)