Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Wednesday, October 30, 2013

kadang-kadang..

kadang2,aku punya cita..
punya rasa jua jiwa..
rasa apa?jiwa bagaimana?
entah..terkadang sesat juga aku dalam pencarian,
dalam menuju cinta Tuhan,tak sesenang yang dibayangkan..

kadang2,rasa itu aku simpan..
cukup hanya aku,hati dan Tuhan..
tertanya juga..
sampai bila aku akan bersedia bertemu arRahman?...
andai yang dibawa hanya sedikit bekalan..

diterimakah selama ini amalan?atau aku hanya letih badan..kerana entah ke mana ikhlas dalam perasaan..di mana dunia?dalam hati atau dalam genggaman tangan..AllahuRabbi.....
 
bicara elya : throwback status fb setahun lalu. namun masih lagi kadang-kadang, rasa itu mendatang. :')

Sunday, October 27, 2013

Untuk mereka,

 
Untuk mereka,
Saudara ku tercinta.

Sungguh ku hilang kata,
Melihatkan senjata diacu atasmu di kepala,
Matamu memandang tajam, berkaca....
Dan aku masih di sini, riang bercanda.

Untuk mereka,
Saudaraku tercinta.

Entah hanya di bibir sahaja ungkapan cinta,
Sedang ku berpeluk tubuh berdiam sahaja,
Rumahmu diroboh musuh durjana,
Ayahmu dikau tak tahu di mana, mungkin juga sudah di syurga.

Untuk mereka,
Saudaraku tercinta.

Ku ingin melihat burung merpati putih itu bebas,
Si helang itu terbang menggagah di langit tinggi,
AlQuds itu kembali diimarah si kecil mahupun si bongkok berusia,
Mentari menyinar terang membasahi senyum ibu si tua.

Sungguh,
Keinginanmu itu melebihi segala,
Akan ku usaha apa yang terdaya,
Walau sekecil zarah cuma.

Duhai saudaraku tercinta,
Moga kita bertemu lagi di syurga,
Moga Allah izinkan untuk kita semua,
Syahid menjadi pakaian saat maut menjelma
 
:')
 
Bicara elya : Saudaraku, maafkan diri yang hina.

Monday, October 21, 2013

a flower :)


Thursday, October 17, 2013

Pesan mereka.


Pesan abah,
"Peluang dakwah oleh para doktor sangat luas dll...... Jangan relax-relax sangat. Study betul-betul, insyaAllah Allah tolong."

Pesan murabbi,
"Tanya balik diri apa prioriti kita. Ingat, dakwah nombor satu tapi study bukan nombor dua. Perlu pandai seimbangkan."

Pesan sahabat,
"Bukan pengorbanan namanya kalau diri tak terkorban."
"Pengorbanan itu bukti cinta."

Benarlah,
Telah berlalu masa relax,
Telah berlalu masa rehat.

Masih banyak kerja,
Perlu bergerak dengan lebih segera,
Moga Allah permudah dan pengorbanan diterima.

Bicara elya : Mohon doanya, untuk semua. InsyaAllah. :')

Friday, October 11, 2013

Debu kecil itu..

BismiLlah.
Assalamualaikum wa salam mahabbah.

Menjadi debu kecil untuk membina satu mahligai yang besar. Mana mungkin satu tamadun terbina tanpa struktur. Tanpa batu bata manakan struktur itu terteguh. Dan bata itu sendiri terhasil dari debu-debu kecil.

Mungkin kadang-kadang kita terfikir,
'layak lah aku untuk melakukan hal ini dan hal itu?'
'Mampukah aku untuk berjuang dan menempuh segala liku?'
'Usaha sekecil ini untuk membangun Islam seakannya tidak perlu..'

Tapi kita terlupa,di sebalik jayanya Sultan Muhammad alFateh membuka konstatinopel itu ada tentera-tentera yang setiap hela nafas berbakti. Di belakang Sultan Salahuddin ada ibu-ibu yang menyumbang tenaga menyediakan makanan dan merawat sesiapa yang luka.

Terlupakah kita pada kisah burung kecil yang menyudu air bagi memadamkan api marak menyala yang di dalamnya berada Nabi Ibrahim? apabila ditanya kenapa,jawabnya 'mungkin air ini tak mampu memadamkan api itu. Namun sekurang-kurangnya aku sudah berusaha dan punya jawapan andai ditanya Allah suatu hari nanti..'

Senyum, tanya khabar, berzikir. Walhal setiap sendi yang mengutip sampah juga bakal dikira. Kerana firmanNya,

   "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Tapi andai berkeyakinan dan punya keupayaan, apa salahnya andai kita ke hadapan mengantikan Sultan Salahuddin dan alFateh membebaskan bumi alAqsa dan Syria. Apa salahnya andai kita membina impian tinggi ke Firdausi. Apa salahnya andai kita berusaha luar biasa demi syurga yang luar biasa juga indahnya. Tak salah kan? ;)

Usahalah.
Allah hitung.
Yakin.
 
Bicara elya : biar kecil-kecil cili padi, besar-besar sumbang banyak budi sebagai khalifah bumi. InsyaAllah. :)

Monday, October 7, 2013

Mereka - srikandi Islam

Srikandi Islam,
Seanggun Aisyah,seunggul Khaulah..

Berada si sekeliling srikandi ini,
Hati meronta hebat,
Mereka telah terlalu laju berlari,
Demi redha Ilahi..


Tuhan,
Aku hanya hamba hina,
Tak punya apa,
Hanya sekeping hati yang tak seberapa,
Amal yang tak menggunung harta..

Aku citakan syurga,
Namun langkah ku baru beberapa,
Andai esok aku pejam mata selamanya,
Hanya redhaMu yang ku pinta..

Izinkan ya Allah,untuk aku merasai indahnya cinta..
Cinta hanya padaMu Yang Esa.. :')

Bicara elya : seindah perhiasan adalah wanita solehah.. :)

Saturday, October 5, 2013

Orang Melayu tak semestinya layu! :)

BismiLlah.

Anda,
Tak perlu pegang senjata,
Tak perlu turun medan perang,
Andai ada kesempatan, usahakanlah.

Tahap kita,
Bentuk peribadi kita. Bentuk zuriat-zuriat kita. Bentuk diri mempersiapkan ilmu dalam dada. Didik diri, keluarga, sahabat, anak-anak dan masyarakat untuk menjiwai Islam. Jangan biarkan ada yang mempengaruhi anda yang orang Melayu ini, orang nusantara ini lemah dan layu! Kita kuat sebenarnya.

Kita punya ruh luar biasa andai disiram dengan iman. Gembleng ilmu dan majulah ke hadapan. Masih punya harapan untuk Ummah. Bersandarlah harapan pada Tuhan dan jangan putus asa. Syurga itu muat untuk kita semua!

"Allah tidak akan mensia-siakan amalan setiap hamba lelaki dan wanita yang beriman kepadaNya." [ali-Imran : 195]

Takkan pernah sia-sia duhai sahabat. Yakinlah yang Allah kira setiap lelah menahan mata dari mengantuk menuntut ilmu, setiap saat masa yang anda jual demi menjadi mahar syurga, setiap penat langkah kaki dalam medan juang. Allah kira, tak sia-sia.

Buktikan Melayu itu tak layu! Lebih penting, buktikan Muslim itu yang bakal menggoncang dunia dengan ketaqwaan dan menyebarkan bayu keamanan. Membawa risalah alQuran di setiap penjuru alam, hingga  langkah kita benar-benar sudah berada dalam Jannah dan redha Tuhan.

Bicara elya : sudah berlalulah masa rehat kita. Masa untuk kita bekerja. InsyaAllah. :)

Thursday, October 3, 2013

Penat?

BismiLlah.

Penat?
Letih?
Tenat?

AllahuRabbi. Penat itu kekuatan yang luar biasa. Letih itu kemanisan yang luar biasa. Tenat itu peringatan yang luar biasa. Luar biasa ganjarannya jika kita curahkan segala rasa itu pada jalan agama. Demi redha Yang Esa. Sungguh!

Hidup ni satu permainan. Bermainlah mengikut syarat. Entah esok atau lusa kita bakal pergi meninggalkan bumi. Andai benar syurga itu maharnya amal, mungkin diri hina akhir zaman ini akan angkat tangan awal-awal menyerah kalah. Menaikkan 'bendera putih'. Bukan kerana apa, kerana terlalu jauh beza amal para sahabat dan ulama' dulu.

Masih punya ruangkah untuk insan yang beramal hanya secebis debu?Allahu.

Tapi rahmatNya luas. Cinta Dia tiada sempadan. Carilah kekuatan perjuangan dengan mengingati Tuhan. Biar penat dan segala titis peluh letih itu Allah kira, Allah hitung.

InsyaAllah..

Bicara elya : Berusahalah. Demi redhaNya dan syurga yang sedang menunggu dengan penuh rindu. :')

Wednesday, October 2, 2013

I vs i

BismiLlah..
assalamualaikum wa salam mahabbah..

Asas kita waktu belajar bahasa Melayu waktu sekolah dulu ada dua kan?kalau salah tolong betulkan.. :)

Kita ada kata nama khas dan kata nama am..kata nama khas merujuk pada nama orang,nama tempat yang spesifik,nama buku dan semua yang sewaktu dengannya..kata nama am pula merujuk pada kata kerja,kata sifat dan apa-apa yang menyerupainya..

So??

Anda Islam atau islam?

Sekadar nama di ic atau bergerak membawa nama..
Sekadar kata nama khas atau kata kerja yang membimbing kehidupan..
Sekadar I besar yang hanya mengaku 'ya,saya Islam', tapi tidak membawa ruh Islam itu..

Atau anda seorang yang islam sehingga menjiwai agama syumul ini dengan sepenuh hati,hingga bekerja keranaNya hingga ke syurga.?

Bicara elya : moga2 kita ini Islam yang menjadi islam dari setiap detikan hati,perkataan atau perbuatan..insyaAllah.. :)