Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, November 29, 2010

waktu,,~

Sabda baginda Nabi S.A.W:"Dua nikmat dari ALLAH yangg ramai manusia terpedaya dengannya iaitu nikmat SIHAT & KELAPANGAN."

Pembahagian waktu seorang hamba ALLAH:

1)WAKTU TAAT : Ia mengakui anugerah Allah kepadanya berupa hidayah dan taufiq dari NYA.
2)WAKTU NIKMAT : Ia mensyukuri segala nikmat yang telah dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya.
3)WAKTU MAKSIAT : Ia segera beristighfar dan bertaubat di atas setiap kesilapan yang telah dilakukan.
4)WAKTU UJIAN : Ia mampu bersabar dengan sgala ujian dan bersangaka baik terhadap ketentuan ALLAH.


Waktu telah berbicara dan berbisik kepada dirinya:

"aku sentiasa hidup"
"aku xboleh bertukar ganti"
"aku musnah ktika tiba waktu peredaran diriku"
"aku umpama pedang,jikalau engkau x memotongku nescaya aku akan mmotong kamu"
"aku x boleh disimpan utk digunakn dihari mendatang"
"aku diberikan kepada manusia secara adil dan sama rata"
"aku xboleh dijual beli"
"aku xboleh ditambah"
"aku juga mnyebabkan kamu ditanya dan dihisab di hari kiamat nanti"

~bicara elya : jagalah waktu kerana tiada siapa tahu waktu di mana nafas terakhir kita berakhir..

Wednesday, November 24, 2010

8 pembohongan ibu kepadaku!

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!


01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".


02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.


--------------------------------------------------------------------------------

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.

Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

http://mdkhai85.blogspot.com/

bicara elya : ummi,uhibbukifiLlah daiman wa abada!Ya Allah,ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami..dan peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara kami sewaktu kecil..amin...

sms berantai?macam mana nak buat??

Assalamualaikum wa salam mahabbah ila semua saudara tersayang..
kaifahalukum?wa kaifa imanukum?

mge iman kita juga sesejahtera jasmani kita,insyaAllah..

surat berantai?sms berantai?
mungkin dah ramai yang kena,atau dah ramai yang mengupas soal ni..

".......Ini amanah..sebarkan kepada 7 orang.atau esok anda akan ditimpa bahaya..."
pernah kan terima maklumat sebegini.hurmm.kemudian timbul rasa serba salah,
'kena forward ni,kekg kene bnde2 esok,ssh lak..'

'tp tgh x de kredit ni..isyh..kena malapetaka kang..mmmmm...'

niat dah jadi tak ikhlas.maklumat yang sepatutnya menjadi brmanfaat bagi sesama insan sudah menjadi mesej ugutan..bukan maklumat yang disampaikan mengetuk pintu hati,tapi 'amanah' yg menggegarkan jiwa..soalan ; siapa autoriti yg nak bg kita bencana,Allah atau mesej tu?

kepada ukhti anis yg disayangi liLlah,kak pun tak berapa arif soal ni..tapi pernah tanya kat ustzh Ramlah..masa tu heboh pasal wasiat Nabi pada penjaga kubur baginda.bagi sesiapa yg dapat emel tu,akan ditimpa bala..

menurut ustzh Ramlah(tetibe rase cam trlampau skema post hri ni..=>),perkara tu memang bagus untuk disebarkan..btul lah..kan wasiat Nabi,pesan buat perkara elok2..tapi dah salah guna..sebab takut ayat akhir emel tu,kita sebar lepas tu rasa lepas tanggungan..walhal isi yang diberi kita langsung tak ambil sebab bagi kita,mainpoint emel tu nak suruh kita SEBARKAN..
kadang2 menyusahkan atau memberatkan orang lain..tapi afdhal lah disebarkan..tengok cara kat bawah deh..

Ya Allah..memang Rasul pun ada bersabda,sampaikanlah daripadaku walau satu ayat..tapi takder pulak kan sambungan lepas tu,kalau tak esok,lusa atau 7 hari lg,kita akan kehilangan orang tersayang..hurm...jd kak nak buat kesimpulan macam ni k syg,kalau rasa masih keliru,tanya kepada yang lebih arif k.. :

>bila terima emel/sms berantai macam ni..tapi isi dia menginsafkan atau memberi manfaat,ikhlaskan niat nak sebar..

>padam bhgn amanah atau ditimpa bala dll..

>gntikan kepada-'harap disebarkan..smg menjadi pengajaran/tazkirah hari ni,sebarkan../'

sepatutnya,perkara yang baik-baik memang patut disebarkan..bukankah kita hidup untuk saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran?silap cara sebenarnya kalau kita nak sebaran maklumat menggunakan cara tu..apatah lagi ada yang siap bersumpah dengan nama Allah..hukum?kak tak berani nak jawab..tapi moga2 diambil iktibar akan mesej tu dan IkhlAslah dalam menyebarkan perkara yang baik..

jangan takut,jangan resah,jangan bimbang..selagi yang kita buat tu tak lari dari syariat,insyaAllah Allah bantu kita..takdir Allah,tiada siapa yang tahu..penuh dengan 1001 rahsia..jika ditimpa bahaya,bersyukurlah tanda kafarahnya dosa kita..ok anis sayang,asifah kalau kak sherah x jawab dengan baik..boleh ambil sikitpun jadilah..ukht,jgn biarkan dirimu diselubungi,misteri..........=)

bicara elya : teruslah menuntut ilmu..kerana di situ akan ditemui cahaya yang dicari..salam mujahadah!!
segala pandangan atau pendapat amat dialu-alukan..=)

Monday, November 22, 2010

hidup untuk berjuang,,..

sahabatku..
dulu,semalam dan hari ini,kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..
lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..
kau benar-benar kebingungan dan bertanya,
apa yang harus aku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini?
jawabku bukankah kau adalah da'ie dan mujahid?
katamu lagi tapi langkahku terlalu lambat..
jawabku kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..
mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan..
pada hari itu amalmu terbentang,tubuhmu terbuka..
apakah disana ada bekalmu..?


"pada akhir zaman,orang2 yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,andai terus digenggam,hancur luluh jiwanya.
namun andai dilepaskan,hancurlah dunia.
jangan takut untuk berjuang kerana orang2 yang berjuang ini memang dirintangi ujian. sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang2 yang sabar..

kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan..
syurga adalah impian.."


-imam nawawi-

Friday, November 19, 2010

tanah yang mesti dipijak..


Suatu hari seekor keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya. Akhirnya, dia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi itu juga perlu ditimbun, ditutup kerana berbahaya. Jadi tidak berguna untuk menolong keldai tersebut.

Akhirnya, dia mengajak tetangga-tetangganya untuk datang membantunya. Mereka membawa penyeduk tanah dan mulai menyeduk tanah ke dalam perigi. Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub dan kepelikan, kerana si keldai menjadi diam.

Setelah terasa agak banyak tanah yang ditimbus kedalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang kerana apa yang dilihatnya. Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh bertubi-tubi tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu.

Sementara itu, tetangga-tetangga si petani terus menimpakan tanah kotor ke atas punggung hewan itu, si keldai terus juga menggoncangkan badannya dan melangkah naik. Apabila sampai pada satu ketika, semua orang terpesona, si keldai meloncati tepi perigi dan melarikan diri! Bebas daripada mati tertimbus...

Melayari kehidupan, saban hari, kehidupan menimpa, menimbus dan menghempap kita dengan pelbagai “kotoran” kesusahan dan masalah. Hadapilah “perigi” kehidupan dengan menggoncangkan kotoran masalah dengan apa yang Allah kurniakan pada diri kita sendiri (fikiran dan hati) dan melangkah naik dari “perigi” dengan menggunakan keistimewaan tersebut sebagai “pijakan” kearah yang lebih baik.

Moga-moga kita dapat keluar dari "perigi" yang dalam dengan terus berjuang dan jangan pernah menyerah!
bicara elya : dicopy dari seorang ikhwan..mge boleh diambil pengajarannya..salam perjuangan!

Thursday, November 18, 2010

SAHABAT yang baik..=)


Sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Siapakah yang menjadi sahabat paling baik bagi kami?"

Jawabnya, "Seseorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah S.W.T, apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kehidupan di akhirat."

ukhwahfiLlah!!


bicara elya : AlhamduliLlah..Begitu besar rahmat Allah kerana telah mengurniakan daku ramai SAHABAT yang baik..rndu sumee liLlah..nnt jmpe kat lib deh,insyaAllah.. anis,belanjeee!! ;p

Tuesday, November 16, 2010

berkorban demi CINTA~

Firman Allah : "daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu."
alHajj : 37

bicara elya : salam aidil adha!!maaF zahiR batiN..=)

Monday, November 15, 2010

Perjuangan Syed Qutb

Tanggal 29 Ogos 2000 genaplah 34 tahun kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.

Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan 'gagasan Islam' dengan jelas dan mantap ke dalam ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan 'kejam' menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.

Sejarah Hidup Syed Qutb:-

(1)Tahun 1906:- Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh AlQuran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan). Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi 'Nazir' sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir.

Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana. Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri. Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat. Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.

(2)Tahun 1945:- Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.

(3)Tahun 1954:- Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir. Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyiksaan yang 'teruk' terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang 'teruk' di dalam penjara.

(4)Tahun 1955:- Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan 'kerja berat' oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis 'pernyataan' memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman.

Kata Syed Qutb: "Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya"

(5)Tahun 1964:- Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq. Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.

(6)Tahun 1966:- Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir. Pagi Isnin 29 Ogos 1966, Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!!!

sumber : iluv islam



bicara elya : sebagai pemangkin semangat, renungilah kalimat cinta beliau. moga perjuangannya tidak sia-sia dan bakal disambung oleh generasi rijaluddin zaman kini..insyaAllah

Sajak:Pesanan Terakhir

(dari syed Qutub)

Saudara!

Seandainya kau tangisi kematianku,

Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu

Maka di atas tulang-tulangku

Yang hancur luluh,

Nyalakan obor buat ummat ini

Dan……….

Teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan

Mendapatkan kekasih yang sedang merindui

Taman-taman di syurga tuahnku bangga menerimaku

Burung-burungnya berkicak riang menyambutku

Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur

Dan ala mini akan disinari fajar lagi

Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun di sana fajar sedang memancar

Sunday, November 14, 2010

hidup itu satu peNgaJarAn~

indah bukan kehidupan apabila berTUHAN..=)

bahagia itu insyaAllah boleh dicapai jika kita yakin pada Pemberi KEBAHAGIAAN
yakni Tuhan Semesta Alam..=)