Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Sunday, July 22, 2012

dan cinta itu hanya milik Allah...

 
"Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
...
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan kembali......"

bicara elya : cinta hanya pada Allah dan RasulNya..kerana cinta Allah itulah matlamat yang utama.. :)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem,,AlhamduliLlah.. :)

Dari Abu Hurairah radhiallaahu`anhu,
Katanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: " Berapa ramai orang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar . Berapa ramai orang yang beribadah malam dia tidak mendapat apa-apa kecuali dapat berjaga malam."

[Hadis hasan sahih riwayat ibnu majah]

AlhamduliLlah summa alhamduliLlah..Allah izinkan lagi jantung berdetak untuk berada dalam bulan barokah ni..moga Allah redha..insyaAllah..

fastabiqul khairat ya asdiqo'!jangan lepaskan peluang yang Allah bagi depan mata..tingkatkan amal juga suburkan iman..kerana pada akhirnya,Rahmat Yang Esa juga yang kita pinta..

maafkan semua dan halalkan segala ye..Assalamualaikum.. :))


bicara elya : Salam Ramadhan Kareem..moga tahun ni akan melatih kita untuk menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..ingat ye sahabat-sahabatfiLlah,jadilah hamba Tuhan,bukan hamba Ramadhan..muhasabah diri jua hati..insyaAllah.. :)

Saturday, July 7, 2012

inside out..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

isikan hari-hari kita dengan zikruLlah ya sahabat2fiLlah..dengan izinNya,hari kita akan sentiasa bersemangat,ceria dan tenang..kerana mengingati Tuhan itu kan satu sumber ketenangan yang terhebat..rasakan kesannya..insyaAllah..

subhanaLlah,alhamduliLlah,AllahuAkbar.. :)

inside out or outside in?

diringkaskan cerita,nak buat sesuatu kena bermula dari dalam,yakni hati..bukan atas faktor luaran..contoh :

"kenapa nak masuk usrah?"

sebab nak tambah ilmu, kakak  semua baik-baik, ada dalil yang mewajibkan, suka bincang isu-isu semasa,nak isi masa lapang dll..

semua itu adalah perkara-perkara luar yang mendorong kita untuk masuk usrah..ini yang dinamakan outside in..

tapi biasanya faktor 'outside in' ni kurang memberi impak pada diri kita walaupun tidak mampu dinafikan bahawa faktor-faktor inilah yang membantu kita untuk istiqamah dengan usrah..

andai kakak-kakak yang baik,caring dan suka belanja makan *contoh yang menjadi penyebab kita masuk usrah dah tak bersama-sama dengan kita,tak mustahil yang kita juga boleh meninggalkan usrah kan?

inside out
jadi apa yang mebuatkan kita mampu bertahan?melalui kehendak kita sendiri..dari hati yang menginginkan,dari jiwa yang mempunyai kesedaran,dari ruh yang rindu akan janji-janji Tuhan..


bila semuanya lahir dari dalam,akan terserlah penampilan dan qudwah luaran yang mantopp..kerana kita sudah punya tapak yang kukuh untuk menyemai keinginan..segala faktor luaran hanya bertindak sebagai baja penyubur semangat..insyaAllah..

Akidah dan akhlak

begitu juga dengan analogi akidah dan akhlak..dari akidah yang mapan,akan lahirlah akhlak yang indah menghiasi diri..fahami dan hayati..sebagaimana hati kita,begitulah apa yang kita tonjolkan secara lahiriah..

“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Surah al-Fajr, ayat 30)

bicara elya : bentuk ikhlas dalam hati,barulah ketemu redha Ilahi..insyaAllah.. ^^

Friday, June 29, 2012

bukalah hatimu seluas lautan.. :)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
[surah alKahfi : 109]
_________________________

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

sahabat-sahabat yang disayangi fiLlah,bangun3!!kita perlu bangun dari mimpi dunia yang melenakan..tanggungjawab kita perlu dilunaskan..sebagai pelajar,anak,sahabat dan seorang abid kepada Ilah..

moga-moga langkah kita terus diiringi dengan rahmat dan redha dariNya..insyaAllah.. :)


dearests,kalau kita ada bekas sebesar cawan,volume maksimum yang boleh masuk hanyalah setakat volume cawan tersebut sahajakan..bagaimana pula kalau kita punya bekas seluas lautan?*erm,logik ke ada bekas sebesar tu?erm..takpe2..cuba bayangkan..hehe.. ^^

sudah pasti,lagi banyak isipadu air yang boleh diisi ke dalam bekas tersebut..

Berlapang dada
ya,begitu juga dengan ilmu,setakat mana kita buka hati kita,setakat tu lah input yang bakal kita dapat..

lagi luas kita buka hati untuk memperoleh sesuatu kebaikan,lagi banyak yang bakal kita peroleh..dengan izin dari Rabbul 'Alamin..


Tajdid niat

salah satu cara untuk kita memperoleh 'keluasan' hati itu,amalkanlah selalu tajdid niat..niatkan segala perkara yang kita lakukan itu kerana Allah..liLlahi ta'ala..dan rendahkanlah hati untuk menerima ilmu..

jangan ada sikap,'aku lagi  baguss ok..'

insyaAllah,lagi luas kita buka hati untuk menuntut ilmu,lagi luas dan senang jalan yang disediakanNya untuk kita untuk menempah syurga..

tapi,mujahadah dari mengantuk,ego,sombong,tak fokus dll masih diperlukan..jadi apa lagi,mujahadah3x!insyaAllah.. ^^

bicara elya : renungilah ayat ini dengan hati.. :') "Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Surah Luqman : 27]

Saturday, June 23, 2012

update?


bicara elya : jom sama-sama muhasabah!mujahadah untuk menjadi diri sendiri yang lebih baik setiap hari..insyaAllah.. :)

Wednesday, June 20, 2012

Dr Yusuf alQaradawi

Bismillah...

Ulama' Dunia:

Dr Yusuf al-Qaradawi lahir pada 9 September 1926, merupakan seorang cendekiawan Muslim yang berasal dari Mesir. Ia dikenal sebagai seorang Mujtahid pada era modern ini.

Selain sebagai seorang Mujtahid ia juga dipercaya sebagai seorang ketua majlis fatwa. Banyak dari fatwa yang telah dikeluarkan digunakan sebagai bahan rujukan atas permasalahan yang terjadi.

Lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta Sungai Nil, pada usia 10 tahun, ia sudah hafal al-Qur'an. Menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi terus melanjutkan ke Universitas al-Azhar, Fakulti Usuluddin.


bicara elya : kagum dengan penulisan beliau yang sederhana tapi penuh informasi dan menyentap hati.. :)

Sunday, June 17, 2012

prinsip telur.. ^^

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

kita masih berpijak di atas bumiNya,berada di bawah langitNya..maka berhati-hatilah dengan setiap kata dan laku..kerana empunya bumi dan langit sedang memerhati..AllahuBasir..Allah itu Maha Melihat.. :)

erm,siapa sini tak pernah tengok telur ayam?? *apa punya soalan lah ni..
struktur telur ayam mentah ada 2-kuning telur dan putih telur..

gambar sekadar hiasan..credit to : deviant art :)
ok,kita tengok..struktur mana yang membentuk diri menjadi ayam?telur kuning bukan?dan telur putih itu berfungsi sebagai pelindung kepada telur kuning dan memberi zat kepadanya..

supaya akhirnya telur kuning itu mampu menjadi anak ayam yang comel..subhanaLlah..

sekarang elya nak tanya,kalau perlu memilih..yang mana perlu dibuang,putih telur atau kuning telur?tapi still tujuan masih ingin mendapatkan seekor anak ayam.. -fikir..fikir..fikir..

ya,kita tak mampu mengeluarkan salah satu darinya..andai kita buang kuning telur,pastilah anak ayam mustahil untuk terhasil..

sekiranya putih telur yang dibuang,kuning telur takkan mampu untuk survive menjadi seeokor anak ayam..



Matlamat dan Alat

putih telur adalah ALAT bagi memastikan telur kuning yang merupakan MATLAMAT kita akhirnya menjadi seekor ayam..
dan kedua-duanya harus berkoblarasi..

begitu juga dalam hidup kita..andai ditanya,apakah matlamat aku?memiliki kereta besarkah?bergaji besarkah?berjawatan besarkah?atau apa?refleksi diri kembali..

Allahu Ghayatunaa

duhai sahabat2 yang dicintai kerana Allah..Allah lah sebenar-benar matlamat hidup kita..bukankah kita sudah berjanji,

"sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt" [Al-An’am:162]


segala yang ada disekeliling kita ; cinta manusia,harta benda,wang dan kereta,rumah berpagar permata,ilmu yang ada dalam dada etc,jadikanlah itu semua sebagai alat kita untuk mencapai matlamat yakni ALLAH..

jernihkan kembali matlamat hidup kita..moga Allah redha,bukan setakat di dunia sahaja,malah di akhirat jua..insyaAllah.. ;)

waLlahua'lam..

bicara elya : bila hidup mempunyai matlamat,segalanya akan tersusun indah mengikut syariat..tiada keluh,tiada kesah..hanya menunggu saat yang terindah..menunggu janji Allah di Taman Jannah..AllahuAllah.. :)

Friday, June 15, 2012

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

jom refresh kembali wasiat dari seorang Syahid,Imam Hassan alBanna..moga menjadi pemangkin kita untuk menjadi lebih baik setiap hari..insyaAllah..sedekahkan juga Ummul Furqan untuk beliau..alFatihah......

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

bicara elya : terkesan dengan no. 10 -hati-hatilah dengan waktu yang terus terbang tanpa menanti..insyaAllah..tabarakaLlahulakum.. :)

Sunday, June 10, 2012

langkah baru.. :)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

AlhamduliLlah,alhamduliLlah,alhamduliLlah wa syukruriLlah..
tiada daya dan upaya melainkan kekuatan dari Dia Yang Esa..

BismiLlahirRahmanirRahim..
sungguh,hampir dua minggu melangkah ke dunia baru,menjadikan diri ini makin mengenal erti hidup..apa matlamatku..sudah tentu,redha Sang Rabbi yang ku tuju..bukan setakat matlamat diriku,tapi ketahuilah bahawa Allah itu adalah matlamat seluruh insan yang bernyawa yang  hatinya tidak beku..

melihat dunia luar,membuka dimensi segar untuk diintrepetasi..ya,dunia ini kecil..namun ilmu yang di dalamnya luas seluas lautan..bertemu sahabat2 baru,membuatkan diri ini terasa dekat dengan kalamNya,

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

ilmu baru yang perlu ku cedok,akn ku cuba fahami..kerana TAHU dan FAHAM itu berbeza..untuk menempuh jalan musafir ini,ku mohon bekalan doa dari sahabat2..moga dipermudahkan dan diterangkan jalan..

pasti,ku rinduu..ku rinduu segala memoir terindah di sekolah..jua karenah di rumah..namun masa akan terus berdetik tanpa menunggu..kepada Tuhan,aku bertawakkal..

salam mujahadah ya asdiqa'! :)

bicara elya : di bumi mana kita tercampak,pastikan pegangan agama itu yang utama..insyaAllah.. ^^