Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, December 17, 2011

.::muslimah itu::.


"Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaga-Nya..Mengapa masih ragu-ragu?"
"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari"
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya"
-Imam Ghazali-
bicara elya : jangan biarkan fitrah menjadi fitnah..

Friday, December 16, 2011

salam dari stesen minyak..

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama kamu!"
(Riwayat Muslim)


Assalamualaikum wa salam mahabbah..

ya,mahabbah yakni kasih sayang tu sangat penting dalam hidup..apa ertinya hidup andai tiada kasih sayang yang terselit di hati?mesti sepi bukan..dan Baginda dah beri satu cara nak menambahkan kasih sayang antara kita > SALAM..assalamualaikum.. :)

sudi nak berkongsi,hari tu elya dan abah pergi stesen minyak..macam biasa..langit biru hari tu..suasana redup..dan ada pekerja yang berdiri tepi kereta..nak tolong abah..(rasanya pekerja bkn warganegara malaysia,faham2lah kan..)

elya merenung je sana sini..tengok awan..lepas tu abah bukak cermin kereta..elya tersentak!

'Assalamualaikum..'

abah pun jawab,'waalaikummussalam..'

--end of the story--

yang memberi salam tu sebenarnya pekerja tadi..dan kenapa elya tersentak?sebab seingat-ingatnya,sepanjang teman mi abah isi minyak kereta,tulh first time dalam hidup dengar pekerja beri salam..syahdu tetibe..

syahdu sebab teringatkan hadis yang kata pada akhir zaman ni,manusia hanya memberi salam pada yang dikenali mereka sahaja..dan buktinya jelas..elya sendiri kalau jalan2 dekat mydin au giant malu nak beri salam..ye lah..tak kenal..beri salam kan orang kata apa..hurmm..elya salah sorang penyebab akhir zamanlah kan..kena berubah ni..

tapi kalau ikut,tak tunggu pergi giant au mydin..dekat sekolh pun budaya salam dah berkurang..astarfiruLlah..

jadi ibrahnya sahabat2,sama2 lah kita memperbanyakkan salam..kerana yakinlah dengan hadis Nabi,dengan salam,insyaAllah kasih sayang aka terus subur..setidak-tidaknya pada yang kita kenal atau pada tempat kita belajar..islam itu indah!

bicara elya : malu pada pekerja tu..insyaAllah,lepas ni kita jangan berat mulut ye nak sampaikan assalamualaikum.. :)

Thursday, December 15, 2011

aku ingin mencintaiMU!


by : edcoustic

Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi
bicara elya : izinkan kami Ya Allah,untuk mencintaiMu setulus hati....

Wednesday, December 14, 2011

perjalanan janin..



BERMULA DARI SETITIS AIR…
DARI DUNIA YANG GELAP DAN SEPI
DAN IA BERAKSI KEPADA TUHANNYA…

JANIN PUN SUJUD KETIKA AL-QURAN DIPERDENGARKAN...
DARI PENGEMBARAANNYA LEBIH 9 BULAN
SEBELUM IA MELIHAT DUNIA
IA BERJUANG ANTARA HIDUP & MATI

alMukminun 13-14 :
Yang bermaksud. "Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih pada tempat penetapan yang kukuh.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan Allah sebaik-baik Pencipta."

subhanaLlah..Maha Benar kalam Allah..dan masih layakkah kita berjalan di atas muka bumiNya dalam keadaan menyombong diri?diciptakan daripada setitis air mani yang hina hingga menjadi sebaik-baik makhluk..tundukkan hati sahabat-sahabat..ittaquLlah..

bahkan tiadalah siapa-siapa kita ini melainkan hambaNya yang kerdil dan bakal kembali kepada Rabbul Izzati..astarfiruLlah.......
bicara elya : maka nyatalah kelebihan Allah sebaik-baik Pencipta..

Tuesday, December 13, 2011

SPM?yang lagi besar menanti..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

AlhamduliLlah,alhamduliLlah,alhamduliLlah..

berakhir sudah perjuangan SPM,sijil pelajaran malaysia..namun awas!ada satu lagi SPM yang menanti semua,tak mengira umur,pangkat walhal darjat..yakni Sijil Padang Mahsyar..AllahuAkbar..dah banyak buat 'latih tubi' dengan amalan soleh sahabat2?sama2 muhasabah,insyaAllah..

apa yang penting,sekarang tinggal tawakkal..dan pasti,doa..doa itu sebagai senjata..moga2 sahaja llembut hati pemeriksa memeriksa kertas2 kami..dan walau apa pun natijah nya nanti,moga2 pasrah dalam ketentuanNya..Dia Maha Mengetahui bukan?


apa yang nak kongsi dekat sini,a nice statement from sahabiah..
'kita sebelum ni dah berhempas pulas memikirkan cara menyelesaikan permasalahan add math dll..sekarang masanya pulak kta kena perah otak memikirkan masalah ummat..'

Allah..besar tu..mujahadah yang teguh diperlukan.ayyuhal syabab!fastabiqul khairat!

bicara elya : moga dijauhkan dari pembaziran masa sepanjng cuti ni..doa2kan perancangan dipermudah ye..syukran.. :)

Friday, December 9, 2011

Penghulu Istighfar..

Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan,
(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).

Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

Rasulullah sendiri beristighfar 70x sehari..kita,7x pun kadang2 belum tentu..astarfiruLlah..

bicara elya : lagu berjela-jela kita boleh hafal..apa salahnya kan kita hafal penghulu istighfar ni..mudah-mudahan jadi cahaya kita di akhirat sana nanti..insyaAllah.. ;)

Thursday, December 8, 2011

.::ketaqwaan Saidina Abu Bakar::.



Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar r.a. merupakan manusia paling paling tinggi martabatnya di kalangan para sahabat .Rasulullah saw sendiri pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukkan yang utama di antara para penghuni syurga.

Baginda SAW berkata: "Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya".

Namun demikian,perasaan takutnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata : "Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api."

Kadang-kadang beliau berkata : "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."

Pada suatu hari beliau telah pergi ke sebuah taman di mana dia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung ! Sungguh bertuah engkau. Kamu makan,minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan. Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung."

Rabi'ah Aslami r.a. telah bercerita : "Pada suatu hari aku telah bertengkar dengan.Abu Bakar. Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku. Dengan serta-merta dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata: "Wahai saudara,gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas." Aku enggan berbuat demikian. Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada Nabi SAW. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia pun bangun meninggalkan aku. Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orang ini; dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadukan kepada Nabi SAW."Dengan segera aku menyampuk: "Kamu tahu siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan menyelamatkan aku?" Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi SAW, kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda SAW berkata:" Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu Bakar), sekurang-kurangnya kamu berkatalah:"Semoga Allah mengampunimu, hai Abu Bakar."

Begitulah ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Saiyidina Abu Bakar r.a. Keenggananya menerima pembalasan di akhirat menyebabkan dia memaksa Rabi'ah Aslami supaya mengambil tindakan balas keatasnya. Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu demikian rupa sehingga beliau sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi SAW dengan harapan Nabi dapat menolongnya.

Bagaimanakah pula perasaan kita,umat Islam kini, selepas melakukan kesalahan seperti itu ? Kita sering melakukan kesalahan tanpa sebarang perasaan takut akan pembalasan sama ada di dunia ini atau pun diakhirat nanti.

Sumber: Buku "Kisah-kisah para sahabat jilid 1-2" Karangan Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. Penyunting :Ibnu Hussin. Perniagaan Jahabersa, J.B.






bicara elya : Allah..taqwa kita pula di mana?insyaAllah,sama2 kita cuba mencontohi akhlaq karimah sahabat kesayangan Nabi.. :)

Wednesday, December 7, 2011

beca itu..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
sihat semua?kalau ada yang kurang sihat,elya doakan moga cepat sembuh ya..insyaAllah,sebagai kafarah dosa setiap musibah yang menimpa..senyum sokmo.. :)

ya,beca itu..



1001 kenangan padanya..1001 jasa yang dibaktikannya..ya,beca itu..rindu sama dia..
erm,dulu masa tadika,pok ya yang tolong ambil dan hantar pulang..guna beca itu..pok ya dengan kudrat empat tulang mengayuh beca dalam terik matahari,dalam renyai-renyai hujan..

elya dan sahabat berada dalam beca terlindung dari sinaran suria,percikan hujan kebasahan..hari berangin jadi kegemaran..angin yang menyapa..melihat pokok hijau melambai..Allah..subhanaLlah..indahnya waktu tu!rindu..

dan beca itu..menjadi pengangkutan yang berjasa..membawa diri ke tempat mengenal ABC,123..dan pok ya,moga Allah kurniakan dia kesihatan yang berpanjangan,murah rezeki..yang penting kebahagiaan dunia akhirat..amin..

hargailah dia sementara ada..

bicara elya : sempat juga berasa naik beca..sekarang dah susah nak jumpa..rindu nak naik beca,rindu sangat pada pok ya!syukran pok ya! :)

Thursday, December 1, 2011

sudi jadi isteri kedua?


“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!"jawab Fikri..
___


sedar kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan
bicara elya : AllahuRabbi..sungguh,cinta manusia yang halal itu adalah alat yang terindah bagi memperoleh matlamat yang teragung>mardatiLlah.. :)