Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Friday, November 12, 2010

dosa..

Assalamualaikum pembuka bicara,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

dosa itu pabila kita lakukan,maka takut jika insan lain mengetahui.apatah lagi YANG MAHA MENGETAHUI..

hari ni, dosa makin bertimbun, amal makin berkurang. Ya Allah!sudikah Engkau mengampuni dosa yang telah memenuhi hati ini. bicara bibir takut, namun perbuatan diteruskan. menambah titik-titik hitam.

Imam Ghazali pernah berkata, ilmu itu cahaya. takkan masuk ke dalam hati yang gelap.jika hati sudah dikotori,tidak mampu suci lagi, daku mohon padaMu Ilahi,kurniakanlah hati baru. kerana ingin daku menghadapMu dengan hati murni..(layakkah diri ini?)

ampuni daku Rabbi atas khilaf semalam, hari ini dan selamanya..

sahabat,lagikan Nabi yang maksum memohon taubat sebanyak 70 kali sehari. sombong benar kita jika 7 kali pun sukar untuk melafazkan istighfar..ayuh mengadap Tuhan, memohon keampunan, taubat nasuha!

mencari kedamaian~

"Sesungguhnya Allah sukakan orang yang sering bartaubat dan orang yang membersihkan diri."
al-Baqarah : 222

AstarfiruLlah...3x

bicara elya : hari ni jumaat.mungkinkah bertemu lagi jumaat depan. sesungguhnya kiamat itu berlaku pada hari jumaat. cukupkah persediaan untuk meghadapi Hari Pengadilan??
.........................

Wednesday, November 10, 2010

Apabila ku tolak khitbahmu..~

BismiLlah...
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...

Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah.Seorang wanita Ansar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi solehah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilihan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga roh yang suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya.Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khitbah.

Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan dengannya, Abud Darda’. ”Subhanallaah.. walhamdulillaah..”, girang Abud Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka, setelah persiapan dirasa cukup,beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abud Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abud Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah kerana satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesedaran; bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia bicara.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abud Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

(Sergapan Rasa Memiliki, Salim A Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang)


SubhanALLAH walhamdulillah wa laa ilahaillahha wALLAHhu akbar wa laa haula wa laa quwwata ilaa billah... Sebuah lagi cerita yang menurut hemat ana amat menyentuh hati. Cerita ini mengisahkan bagaimana seorang sahabat, Salman al-Farisi sanggup berkorban demi sahabatnya, Abu Darda' dengan ikhlas dan redha walaupun khitbah beliau telah ditolak oleh gadis pilihan hati. Malah, sanggup menyerahkan segala perbelanjaan beliau untuk dijadikan mahar kahwin khas buat sahabatnya... Cerita ini telah membuktikan bahawa kasih sayang sesama sahabat lebih mengatasi dari segalanya.

sahabat selamanya~

Bagaimana pula dengan antum, sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...???
Adakah antum tegar membiarkan orang yang dikasihi atau dicintai menjadi milik orang lain sedangkan ia sahabatmu sendiri???
Adakah antum bisa mengikhlaskan diri demi melihat kebahagiaan orang yang antum cintai??
Sanggupkah antum berkorban???

Andai sahaja perkara sebegini berlaku antara kita, ana percaya mesti ada yang bakal bermusuhan, bergaduh dan mungkin juga ada yang sanggup berbunuhan... Begitu indahnya ukhuwwah yang terjalin jika jalinan kasihnya diratib semata-mata kerana ALLAH... Kasih sayang yang terjalin dalam persahabatan hanya kerana ALLAH... Inilah indahnya kisah para sahabat Rasulullah dan sangat beruntung mereka kerana berkesempatan hidup sezaman dengan baginda. Tapi, harus diingat bahawa Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat akan siapakah mereka golongan yang bertuah. Para sahabat ada yang menjawab, "sahabat" dan bermacam-macam lagi. Lalu, Rasulullah menjawab, "Ya, betul. Kamu semua orang yang bertuah tetapi yang sebenarnya orang amat bertuah adalah orang atau ummat Islam yang berpegang teguh kepada Islam walau setelah ketiadaanku..." Jadi, amat beruntunglah kita kerana tergolong dalam golongan itu (sekiranya mempraktikkan agama Islam sebetulnya...) Ingat, jangan pernah jadikan ini sebagai satu alasan yang kita boleh sewenang-wenangnya melakukan kerosakan di atas muka bumi ini baik pada diri sendiri, keluarga, ad-din dan dunia. Ingat!!!

Bagi ana (sekiranya ana di posisi Salman al-Farisi), tidak salah mengorbankan kebahagiaan diri sendiri demi kebahagiaan sahabat sendiri... Tambahan pula, si "dia" belum lagi menjadi seseorang yang halal untuk dimiliki... InshALLAH, ALLAH akan mengurniakan seseorang yang lebih baik untuk berasa di sisi (pendapat peribadi buat masa sekarang ni)... Antum pula, bagaimana???


http://aulahayyaturrayyan91.blogspot.com/

Tuesday, November 9, 2010

syaitan menggoda keteguhan iman..

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya.

Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : “Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu.” Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : “Hai mal’un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku.” Ujarnya tegas.


bicara elya : bagaimana pula keteguhan iman kita?

Sunday, November 7, 2010

..perjuangan itu..


Jauh .......

sehingga tak nampak hujungnya,

Ibarat memegang bara,

itulah rasa yang dirasa.


Cahaya terang semakin kelam,

mampukah direbut kembali?

atau hanya angan-angan tak bertepi,

kalau insani masih diulit mimpi,

masih tenggelam dalam duniawi.


mahabbah,ukhwah,islamiyyah,

bertaut menjadi satu,

CINTA yang diserahkan padaNya..

mungkin sukar,

tapi perlu ditempuh,

demi cinta dan nimatNya yang tak terkira.


mujahadah,

perit..

namun manis,

jika iman sudah bertapak,

membentuk TAQWA..


Ayuh sahabat,

ayuh kita orak langkah,

maju bersama mendepani samudera..

kerana bukankah hidup itu,

satu perjuangan yang memerlukan PENGORBANAN??

Friday, November 5, 2010

mimpi seorang gadis..

MIMPI SEORANG GADIS

Untuk Renungan Bersama.

Bismillahirrahmanirrahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

“Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- “Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

“Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga danv sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minumanv dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.” Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH”


~semoga menjadi iktibar buat kita..bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima?ayuh,kita BERSEDEKAH!!
=))

Thursday, November 4, 2010

rahsia tipu muslihat..

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: “Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid”, “Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur’an dan mencari kebenaran”, “Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad”, “Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh.”

“Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah”.

“Inilah yang akan kita lakukan,” kata iblis. “Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!”. “Bagaimana kami melakukannya?” tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,”

Jawab sang iblis “Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG”.

“Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 – 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong.” “Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.”

“Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja”. “Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah.”

“Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan”. “Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini.”

“Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya”


“Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid”. “Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari”.

“Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan”. “Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

“Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka”

“Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala”.

“Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar”. “Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga”

“Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat.”

“Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan”

“Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK.” “Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

“Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah.” “Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah).”

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL.” “RENCANA YANG BAGUS ” Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA”. “Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta.”

“Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya”. Sekarang pertanyaan saya adalah, “APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???”

ANDALAH YANG MENENTUKAN!!!

selesai, AlhamduliLlah..

Assalamualaikum wa SyukruriLlah..

AlhamduliLlah, AlhamduliLlah, AlhamduliLlah..
Dia ar-Rahman..Dia ar-Rahim..
kehidupan yang masih hidup ini,hidupkanlah dengan sehidup-hidupnya ad-deen Islam itu. semoga ketenangan ditemui.InsyaAllah.

moga lembaran baru selepas selesai imtihan diharapkan semakin cemerlang kerana Islam itu harus cemerlang hari ini juga akan datang.

panjatkan juga doa untuk calon SPM..
lil ukht shahrina,bittaufiq wa najah fil imtihan akhir!buat yang terbaik utk last sem ni..sayang, rinduu kakna..=)

apa yang penting,tuntutlah ilmu Allah itu niat hanya keranaNya..tak kira di bumi mana kita berada,ilmu itu datang dan pergi dengan izin Rabbul Alamin.tuntutlah ilmu kerana dengan ilmu baru masyarakat dunia akan memandang tinggi Islam.thiqah semakin mendalam.dan

harapannya agar kita tergolong dalam musafir kembara ilmu yang memperoleh kejayaan fil dunya wal akhirah,insyaAllah..amin..

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
Ali-Imran : 159

~barakaLlahulakum..

Friday, October 15, 2010

pengharapanku ...

"Perumpamaan orang yang mengambil perlindungan selain Allah adalah seperti labah-labah membuat rumah.Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah2,sekiranya mereka mengetahui."-Surah al-ankabut : 41

Asdiqa'i,dalam fasa-fasa hidup,kita pasti mengalami rasa sedih, payah dan lemah..La taqlaq,jangan bimbang..setiap ujian ada hikmahnya sementara mati itu seperti sabda Nabi seperti 2 jari telunjuk dan tengah,bersedialah...

(bicara ukht yang sgt ku rinduiii ;> )


dalam meniti hari yang indah,hadirnya mehnah menghiasi, menjadi pelangi buat mentari..terus dan teruslah berharap pada Yang Maha Mengetahui..

doa2kan elya dan sahabat-sahabat yang bakal menghadapi imtihan akhir tahun.moga2 bekal yang dibawa cukup dan membuahkan natijah yang mumtaz..amin...Rabbana Yassir wa la tu'assir Ya Karim, Ya arhamarRahimin..menuju medan perjuangan,takbir!ALLAHUAKBAR!!

~oleh yang demikian, mungkin post tertangguh seketika..asif atas kesulitan..tapi jangan pernah bertangguh dlm pencarian cinta Ilahi wahai pemegang panji2 Islam yang ku rindui fiLlah!!
salam mahabbah fiLlah..=))

Friday, October 1, 2010

petua hidup bahagia..

Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?


Petuanya ialah, “INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara” ;

•INGAT (1)

Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

•LUPA (1)

Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.


We know it, Islam is beautiful..=)

•INGAT (2)

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.

•LUPA (2)

Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.

InsyaAllah kalau diamalkan petua yang datangnya dari Luqman al-Hakim ni, bahagia hati, tenang hidup..selamat beramal!



bicara elya : Ya Rabb, jagalah hati ini dari disentuh. sungguh, hanya padaMu ku serahkan cinta dan rindu ini..astarfiruLlah..