Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Tuesday, June 11, 2013

roket permulaan.

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

pernah tengok roket naik?
waktu mana api roket tu paling marak dan besar?


masa nak berlepas je kan?
makin tinggi,makin kurang,makin kecil..akhirnya,sampailah ia ke planet Utopia mengikut kehendaknya..

Mujahadah pun macam tu

yang susah,
yang liat tu,
awal-awal je..
lepas tu insyaAllah semua ok je..yang penting ada kesungguhan..

bayangkan anda sekarang lepas solat zohor..lepas tu terfikir nak solat sunat ba'diah lepas zohor..dalam masa yang sama,bukan main rasa malas,susah,berat dan segala yang sewaktu dengannya..

tapi dengan segala rasa yang dihasut syaitan yang sentiasa cemburu tu,anda berjuang jugak untuk bangun dan angkat takbir..ok,adakah lepas tu anda tengah-tengah baca alFatihah,anda kata,

'eh eh,malas sangat ni..takpelah..lain kali pun boleh je solat sunat ni..'

dan anda terus meninggalkan sejadah hijau anda macam tu je?owhhh..keberangkalian insan nak buat macam ni tipis setipisnya kut..still,rasa segan pada Tuhan untuk buat macam ni ada lagi lah kan?insyaAllah.. ;)

jadi,bila dah mula angkat takbir,yang lain pun settle lah kan?

Struggle for the first step


jadi,anda dan saya yang sentiasa bercita-cita nak berjaya, kuatkanlah langkah pertama anda..macam solat tadi,bila dah kita berjuang betul-betul lawan nafsu pada awalnya,insyaAllah kita akan habiskan jugak solat tu walau macam mana pun..dengan izin dari Tuhan..

macam roket tadi..untuk merentas langit,untuk sampai ke bulan,untuk menggapai bintang..memang kita perlu usaha berganda pada awalnya..supaya mampu lonjakkan diri dari bumi terus terbang ke atas,dengan bantuan dari arRahman..

bak kata orang dulu-dulu,berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian..bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..tak gitu? ^^

waLlahua'lam..

bicara elya : well,mujahadah tu perit kerana syurga tu manis..kan?sama2 mujahadah deh..boleh3!insyaAllah..Allahuyusahhil 'alainaa,ameen Ya Rabb.. :)

2 coretan hati:

siti suraya said...

Macam saya lah lebih lebih lagi waktu final exam ni. Selalu je kata, 'esok boleh study.' sampailah tarikh exam tu da dekat. Rasa macam nak berubah, tapi dari sem 1 sampai sem 6 ni, camtu jugak. My bad. Nice entry :)

CintaElya said...

hehe..sama..tu lah,insyaAllah sama2 jugak kita muhasabah and berubah..moga Allah prmudahkn..insyaAllah.. :)