Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Sunday, June 17, 2012

prinsip telur.. ^^

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

kita masih berpijak di atas bumiNya,berada di bawah langitNya..maka berhati-hatilah dengan setiap kata dan laku..kerana empunya bumi dan langit sedang memerhati..AllahuBasir..Allah itu Maha Melihat.. :)

erm,siapa sini tak pernah tengok telur ayam?? *apa punya soalan lah ni..
struktur telur ayam mentah ada 2-kuning telur dan putih telur..

gambar sekadar hiasan..credit to : deviant art :)
ok,kita tengok..struktur mana yang membentuk diri menjadi ayam?telur kuning bukan?dan telur putih itu berfungsi sebagai pelindung kepada telur kuning dan memberi zat kepadanya..

supaya akhirnya telur kuning itu mampu menjadi anak ayam yang comel..subhanaLlah..

sekarang elya nak tanya,kalau perlu memilih..yang mana perlu dibuang,putih telur atau kuning telur?tapi still tujuan masih ingin mendapatkan seekor anak ayam.. -fikir..fikir..fikir..

ya,kita tak mampu mengeluarkan salah satu darinya..andai kita buang kuning telur,pastilah anak ayam mustahil untuk terhasil..

sekiranya putih telur yang dibuang,kuning telur takkan mampu untuk survive menjadi seeokor anak ayam..



Matlamat dan Alat

putih telur adalah ALAT bagi memastikan telur kuning yang merupakan MATLAMAT kita akhirnya menjadi seekor ayam..
dan kedua-duanya harus berkoblarasi..

begitu juga dalam hidup kita..andai ditanya,apakah matlamat aku?memiliki kereta besarkah?bergaji besarkah?berjawatan besarkah?atau apa?refleksi diri kembali..

Allahu Ghayatunaa

duhai sahabat2 yang dicintai kerana Allah..Allah lah sebenar-benar matlamat hidup kita..bukankah kita sudah berjanji,

"sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt" [Al-An’am:162]


segala yang ada disekeliling kita ; cinta manusia,harta benda,wang dan kereta,rumah berpagar permata,ilmu yang ada dalam dada etc,jadikanlah itu semua sebagai alat kita untuk mencapai matlamat yakni ALLAH..

jernihkan kembali matlamat hidup kita..moga Allah redha,bukan setakat di dunia sahaja,malah di akhirat jua..insyaAllah.. ;)

waLlahua'lam..

bicara elya : bila hidup mempunyai matlamat,segalanya akan tersusun indah mengikut syariat..tiada keluh,tiada kesah..hanya menunggu saat yang terindah..menunggu janji Allah di Taman Jannah..AllahuAllah.. :)

0 coretan hati: