Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, February 25, 2012

putus harapan?

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

subhanaLlah,alhamduliLlah,AllahuAkbar..masih bernyawa lagi kita hari ni..dan dengan setiap hembusan nafas yang dikurniakan,sudahkah kita berbakti pada agama?

ya,dalam hidup takkan semuanya terukir indah..ada sahaja yang membuatkan air mata menitis tanpa dipinta..namun itulah warna warni sebuah kehidupan..bukan kehidupan namanya tanpa ujian..

tapi bukan bermaksud Tuhan itu kejam..itulah tandanya Dia sayang..seperti seorang ibu,anaknya melakukan kesalahan pasti akan ditegur,dimarahi..kerana takut andai perkara yang buruk akan berlaku terhadap anaknya jikalau kesalahan itu terus-menerus dilakukan..


begitu juga manusia..bukankah Allah itu alKhaliq,yang mnciptakan kita?sudah tentu kasih sayangNya tidak mampu dihitung..arRahman arRahimnya Dia..

believe in this,every cloud has its silver lining..setiap apa yang berlaku,pasti ada hikmah yang tersembunyi..redhalah akan ketentuan..pengetahuan kita di luar batasan..

ayuh kita sama-sama muhasabah diri..mungkin sahaja musibah itu merupakan jentikan manja dariNya agar kita tidak terus leka dengan nikmat dunia..AllahuRabbi..

putus harapan?janganlah duhai sahabat berputus asa..bukankah ada Allah untuk bergantung harap..gunakan senjata kita,Doa..insyaAllah,akan ditemui ketenangan di sebalik kepayahan..

rahmat Dia terlalu luas..raihlah..bangkitlah!kita umat Islam..umat Islam harus cemerlang,sentiasa!insyaAllah..

“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)

kuatkan semangat k sahabat2..remember,HE promises to always be there.. :)

bicara elya : andai Dia inginkan kebaikan terhadap hambaNya,akan ditimpakan kesusahan terlebih dahulu..seperti pedang yang berkilau tatkala dijunjung..bukankah sebelumnya terpaksa ditempa dengan besi dan api yang panas?subhanaLlah,indahnya aturanNya..

Thursday, February 23, 2012

teman sejati.. :)



Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

bicara elya : nostalgia lagu ni..sungguh Ya Rahman..terlalu luas hamparan nikmatMu..apatah lagi dengan kurniaan sahabat2 sejati di sisi..izinkan hati2 ini terus terikat dengan namaMu oh Ilahi..rindu sgt2 sahabat2fiLlah..moga Allah redha.. :)

Saturday, February 4, 2012

kisah Imam Ahmad dan Pembuat Roti..


Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Diterjemahkan dari teks asal berbahasa arab di fattabiouni (FB)

bicara elya : astarfiruLlah.. :)

Wednesday, February 1, 2012

memuji atau dipuji?

"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu.. seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah s.w.t telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

AllahuAkbar..begitu sekali Allah menyayangi hambaNya..kita pulak,bermegah-megah dengan segala pujian yang pada hakikatnya semua kembali kepada Rabbul Jalil..insyaAllah,kita hisab diri sama-sama lepas ni..

dipuji atau memuji?
yang mana lebih bahagia?
secara zahirnya kelihatan yang dipuji itu lebih bahagia bukan..

tapi,AWAS!
takut dihinggapi penyakit hati :
1) Ujub = Rasa hairan dengan diri (cth, "hebat aku ni..akulah org yg pling layak")
2) Sum'ah = Suka orang cerita kehebatan diri.
3) Riak = Perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan.
4) Kibir = Buat amal kebaikan untuk tunjuk pada orang.

tolong beware sangat dengan penyakit2 hati ni..takut boleh terjejas amalan kita..na'uzubiLlah..siapa kita sebenarnya?bukankah dicipta dari seitits air mani yang hina..jadi janganlah kita bongkak duduk atas bumi Dia ni..pinjaman sementara belaka..akan kembali padaNya jua kan..

walaupun pada kemudiannya,Allah menjadikan manusia sebaik-baik penciptaan..adakah kita menggunakan nikmat itu sebaik mungkin?bersyukurlah..dan beristighfarlah..

hayati firman Allah ini :
"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan bongkak. Sebab engkau tidak akan mampu menembus bumi, dan tidak pula akan dapat menjulang setinggi gunung." (Surah al-Isra, ayat 37)


jadikan pujian yang diterima itu sebagai satu nyalaan obor semangat untuk menjadi yang lebih baik..dan juga sebagai satu cabaran untuk melihat sejauh mana kita tawadhu' kepada Penguasa Yaumul Qiyamah..

buat yang memuji,jangan sampai mengadu domba..cukup sekadar yang lahir ikhlas dari hati..jangan besarkan manusia lebih daripada yang paling besar,yakni AllahuAkbar..tapi mengucapkan kalimah-kalimah yang baik itu indah..bahkan orang yang bahagia adalah dia yang membahagiakan orang lain..

Rasulullah dalam hadis Baginda diriwayatkan oleh Bukhari bersabda bermaksud: “Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah."


jadi,kita sama-samalah panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian terhadap Dia..memuji sekadarnya,dipuji jaga hati..insyaAllah..subhanaLlah,alhamduliLlah,AllahuAkbar..

'Segala ucapan pujian dan terima kasih hendaklah dikembalikan kepada Allah. DIA lah yang selayaknya. Tanpa DIA siapalah kita.. :)'

bicara elya : kadang-kadang,yang dipuji itu lebih keji dari orang yang memuji..kadang-kadang,yang dihina itu lebih mulia dari yang menghina..muhasabah diri.. ^^