Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Thursday, January 5, 2012

maut sughra..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

Demi masa,sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh..pesan memesan dengan kebenaran..pesan memesan dengan kesabaran..[surah alAsr]
muhasabah kejap,hari ni kita termasuk tak dalam kalangan yang rugi itu?astarfiruLlah..

ok,sekarang balik pada tajuk..insyaAllah nak kongsi satu perkongsian..hari tu ada tengok satu rancangan..membicarakan soal sakaratul maut..meremang bulu roma dibuatnya memikirkan penghujung akhir hayat..

Allah,sakit!bahkan RasuluLlah sendiri memohon pada Allah agar kesakitan ketika nyawa diceraikan dari badan yang dialami oleh ummatnya,ditimpakan pada baginda sendiri..sungguh,kasih sayang baginda tiada galang ganti bukan?selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad..

apa yang nak ditekankan hari ni adalah maut sughra..maut ni dibahagikan kepadadua : kubra(besar) dan sughra(kecil)..pasti,yang maut kubra tu adalah meninggal dunia..apabila jasad ditelan bumi..bakan takkan dicepatkan sesaat,tak lambat walau sedetik..

Menurut Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki dalam Syarh Sohih Muslimnya yang dinaqalkan oleh Imam An-Nawawi (w 676 H) : mati itu adalah perpisahan ruh dari jasad atau perpindahan ruh ke alam lain dan meninggalkan jasadnya.

Firman Allah SWT : "Setiap yang hidup pasti akan mera
sai mati" (Al-Anbiya : 35)

dan setiap yang bernafas juga pasti melalui maut sughra..yakni tidur..ya!tidur adalah maut sughra..kenapa?menurut ustaz tu,sewaktu tidur,sebahagian ruh kita keluar daripada jasad..kalau keseluruhan ruh yang keluar baru dinamakan maut kubra..

rupa-rupanya hampir setiap malam,sebahagian ruh kita dah keluar!AllahuAkbar..andai sahaja 90% ruh yang keluar saat kita tidur,hanya 10% sahaja yang tinggal..adakah kita yakin bahawa masih ada hari esok buat kita?hari yang mana Allah kurniakan bagi hambaNya mensyukuri nikmat dan memohon ampun atas segala khilaf..astarfiruLlah..

jadi sahabat-sahabat yang disayangi fiLlah,ingatlah yang mati itu sentiasa mendekati..sebelum tidur,

-ambil wudhu'
-baca surah alMulk(insyaAllah dijauhkan seksa kubur)
-baca alFatihah
-baca ayatul Qursi
-baca 3 Qul
-baca BismiLlah 21x
-baca doa tidur
-dan lafazkanlah SYAHADAH

moga di mana sahaja,bila-bila ketika,kita akan memperoleh husnul khatimah..sama2 muhasabah diri ya!insyaAllah..salam mujahadah..
bicara elya : ingat mati itu boleh membersihkan hati.. :)

4 coretan hati:

aamalinaazman said...

alhamdulillah dgn peringatan ini,cukuplah mati itu mnjadi penasihat kita kan :)

CintaElya said...

Betul ukht..moga dgn mengingati mati,kita akn snts cbe brwawasn akhirat bg mmproleh redha Ilahi,insyaAllah.. :)

CintaElya said...

Betul ukht..moga dgn mengingati mati,kita akn snts cbe brwawasn akhirat bg mmproleh redha Ilahi,insyaAllah.. :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Ya, Allah! Betapa takutnya menghadapi maut ini walaupun sebagai menentukan siapakah yang terbaik amalannya. Surah AlMulk:2 الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.

Bagaimanalah menghadapi kenyataan maut dlm keadaan sekarang, rasa2nya banyak perkara kebajikan yang perlu dikejar. Rasa lebih takut apabila mendengar pesanan Allah SWT, bhawa jgn sekali2 kita mati melainkan sudah bersedia dlm keadaan Islam. Surah AliImran:102 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Dalam keadaan tiada siapa yang dapat menolong memberi syufaat w/pun saudara-mara malah tidak boleh nak tebus-menebus dengan sebarang benda apatah lagi didunia pun hidup dlm keadaan dhaif. Surah AlBaqarah:48 وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُ‌ونَ Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan

Sudah pasti dengan `mata ilmu`عِلْمَ الْيَقِينِ bukan dengan mata yakin عَيْنَ الْيَقِي setelah datangnya kiamat, dapat mengetahui nasib2 disana dlm keadaan yang sangat mencemaskan. Surah AlInsaan:10 إِنَّا نَخَافُ مِن رَّ‌بِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِ‌يرً‌ا "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
Ya Allah! Engkau selamatkanlah Kami.