Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, January 23, 2012

bersykurlah.. :'(


Perjalanan yang sangat sukar untuk ke sekolah di kampung Sanghiang Tanjung, Indonesia. Demi menuntut ilmu kanak-kanak di sini bertarung nyawa untuk menyeberangi sungai dengan berpaut pada besi di sebelah jambatan yang telah runtuh. Semoga Allah permudahkan urusan mereka semua di sini.

Students hold on to the side steel bars of a collapsed bridge as they cross a river to get to school at Sanghiang Tanjung village in Lebak regency, Indonesia's Banten village January 19, 2012. REUTERS/Beawiharta.

bicara elya : ucapkan alhamduliLlah atas segala kenikmatan yang dicekapi..bahkan untuk nafas saat ini..alhamduliLlah..

2 coretan hati:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apabila seseorang itu bersyukur, maka Allah SWT memberikan kepadanya kefahaman apa yang dipelajarinya lebih2 lagi mengenai AlQuran dan Hadis sebagaimana berlakunya pada Luqman AlHakim. Surah Luqman:12 وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّـهِ ۚ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖDan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri.

Dengan kefahaman hikmah ini, maka hidupnya sentiasa ceria dan tahu apa yang perlu dilakukan sepanjang hidupnya kerana sentiasa dirahmati Allah SWT. W/pun tidak dapat hidup dizaman Daulah Islam yang penuh kenikmatan dan keampunan, namun dgn adanya petunjuk dari Allah SWT, hidupnya sentiasa berbahagia spt mana sabda Rasulullah SWT, `Bermula Islam itu asing (spt zaman Mekah dan setelah hijrah ke madinah) dan ia akan kembali asing (spt zaman Mekah kembali) maka berbahagialah orang2 asing itu` Riwayat Muslim.
Suatu ketika dahulu semasa Rasulullah saw berada dizaman Makiyyah telah berusaha sehingga mencapai Negara Islam diMadinah. Setelah runtuhnya Daulah Uthmaniyyah pada 1924, maka islam akan kembali menjadi sesuatu yang asing sehingga jika seseorang itu menceritakan kisah yang sebenarnya berlaku pada zaman Rasulullah saw dan para sahabat r.anmum adalah sesuatu yang ganjil dan asing. Maka bertuahlah bagi mereka yang dapat hidup kembali sunnah Rasulullah saw dan bersyukurlah krn mrk faham apa yang sepatutnya dilakukan untuk dirinya.
Wallahhualam

CintaElya said...

Waalaikummussalam..

'sabda Rasulullah SWT, `Bermula Islam itu asing (spt zaman Mekah dan setelah hijrah ke madinah) dan ia akan kembali asing (spt zaman Mekah kembali) maka berbahagialah orang2 asing itu` Riwayat Muslim.'

moga2 kita mnjd ghurabaaa itu..dan termasuk dlm glgn yg sdkt,yakni org2 yg brsyukur..qolilan ma tasykurun..insyaAllah..