Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, November 26, 2011

ayuh berhijrah! :)



Assalamualaikum wa salam mahabbah..
Allah,Allah,Allah..
AlhamduliLlah,sempat lagi mencelah masa untuk menaip sesuatu untuk sahabat2..asif kalau dah terlalu lama tidak berkongsi rasa di teratak elya ni..ada perjuangan untuk 4 lagi paper SPM..tolong doa2kan kami..moga kita semua di bawah naunganNya,selalu..insyaAllah..

dan alhamduliLlah juga,kita masih diberi peluang olehNya untuk menyambut sekali lagi maal Hijrah..tahun depan belum tentu bukan?sebenarnya ini peluang yang diberi Allah untuk hamba-hambaNya bagi bertaubat..agar hidup sentiasa dalam ketenangan..

terlalu besar ibrah yang kita boleh peroleh daripada peristiwa hijrah..terlalu besar..pengrbanan,persaudaraan,keberanian..subhanaLlah..tinggi benar iman yang diperlukan bagi menempuh jalan hijrah..

sahabat,sama-sama kita buka minda,celik hati..walau secebis pun,cubalah berubah..ke arah mardatiLlah..kuatkan semangat..jangan azam kita hanya tinggal sebagai azam..insyaAllah kita sama-sama mujahadah untuk istiqamah!

dan Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sebelum kaum itu merubah diri mereka terlebih dahulu.
-arRa'ad : 11

bicara elya : Salam Maal Hijrah 1433.. :)

2 coretan hati:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sekadar muzakarah sahaja.
Apabila membincangkan mengenai `hijrah`, perkara utama ialah mengubahkan paradigma hidup kearah yang lebih baik. Sebagaimana Rasulullah saw menerima wahyu dlm Surah Dhuha: 7 وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Dengan mempelajari AlQuran, maka sebelum ini kita hidup dlm kegelapan (sesat) malah tidak kenal AlQuran dan iman maka Allah SWT telah meniupkan ruhNya (petunjuk) kedalam diri kita. Surah Syura:52 وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَـٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus.
Setelah hidup dlm panduan AlQuran, maka DiANTARA perkara2 yang perlu kita HIJRAH adalah: Meninggalkan perkara2 yang dilarang oleh Allah SWT. Surah AlMukminun:3 وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Sehinggakan `cakap buang`, mengumpat, kata2 lucah dan hal2 keduniaan yg bukan penghidupan kita hendaklah kita jauhi. Malah berkumpul2 sampai larut malam dgn sembang2 kosong yang Allah SWT gelarkan `saamiran` hendaklah kita hidarkan. Surah AlMukminun:67 مُسْتَكْبِرِينَ بِهِ سَامِرًا تَهْجُرُونَ "Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari".
Begitu juga bagi mereka yg bergelumang dengan hidup pada sistem yg membazirkan waktu spt skrg. Sebagai org mukmin, w/pun kita dipenuhi dgn pelbagai kesibukan dan bebanan hidup tetapi bijak mengatasi sesuatu keadaan dan sentiasa hidup dlm pusingan (roda) Islam. Banyak perkara yang perlu dibuat dan tahu apa nak buat dlm keadaan sekarang. Jangan berputus asa dari rahmat Allah, sentiasa usaha mengatasi masalah hidup. Surah AzZumar:53 قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (membuang waktu dan melakukan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah`.
Wallahualam

CintaElya said...

SubhanaLlah..syukran ala perkongsian ukht tajnur..mantopp.. :)
Moga2 hari ni lebih baik Dari semalam Dan esok bakal jadi lebih cemerlang..insyaAllah..dan dijauhkan dari sifat berputus Asa terhadap rahmatNya..Amin..