Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Friday, October 7, 2011

siapalah kita?


“Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja!

DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.”

— syahirul.com

bicara elya : peringatan buat sang hawa..jua pesanan buat diri yang sentiasa leka..

1 coretan hati:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Siapakah diri kita disisi Allah SWT? Surah Almaidah:68 قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لَسۡتُمۡ عَلَىٰ شَىۡءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ‌ۗ Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran).

Orang Islam sekarang mengamalkan ajaran Islam sebagaimana mengikut apa yang diwarisi oleh ibu bapa mereka sehingga mereka tidak mengetahui tuntutan ibadah tersebut. Apatah lagi tujuan hidup daan mengenai tuntutan mendapatkan hak2 kenegaraan Islam. Benarlah seperti sabda Rasulullah saw,` Seseorang itu mempelajari Islam sebagaimana dia mempelajari menenun kain (bercorak2 dan warna asalnya warna putih) sehingga tidak mengetahui apakah puasa, solat, qurban, sedekah dan memperjalankan kitab allah pada malam hari ( baca dgn laju tanpa memahami)...riwayat Ibnu Majah.
Begitu juga mereka yang melakukan maksiat, tidak menghiraukan larangan Allah SWT. Bagi mereka, Islam itu sedap dimulut dan dihati saja mengikut kemahuan sendiri. Biarlah Allah SWT sendiri yang menguruskan mereka nanti.
Surah AzZariyyat:10-11 قُتِلَ ٱلۡخَرَّٲصُونَ (١٠) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى غَمۡرَةٍ۬ سَاهُونَ Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, (10) (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
Wallahualam