Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Tuesday, April 26, 2011

meniti jalan dakwah..~

Dia menangis tersedu dalam dakapanku. "Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang". Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan."Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya".

"Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.

"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.



Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.

"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga. "Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.

"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya.



Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan.Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang.



Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama.


Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih.

Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisi-Nya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?"Aku menduga.

Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi. "Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan.


Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan?


Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan.


Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."



"Lagi, Apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga.


Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita".

"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit,sakit?


Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat." Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.

"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya. "Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunan-Nya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf.


Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku. Dia menggenggam tanganku erat,"Terima kasih sahabat". "Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga". Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.

sumber ; http://sekilasmemoir.blogspot.com/

Thursday, April 21, 2011

ikrar terbilang... :)

BismiLlah wal hamduliLlah..
Assalamualaikum semua..harap2 ceria2 sokmo.. =)

cuma berkongsi,

18/4/2011 telah diadakan ikrar gemilang buat pelajar SHAMS pmr,spm dan stpm..
masyaAllah..berdebar rasa pabila lantunan2 ikrar terlafaz..bagaikan 1 hal yg besar buat kami semua..utk menaikkan kembali SHAMS di mata semua,bukankah itu satu hal yang besar?moga Allah permudahkan..

sahabat,ikrar itu tanda satu janji kita..buat bonda dan ayahanda,guru2,sahabat2 dan diri sekali..pasti,ingin juga untuk menyumbang keterbilangan kepada Islam tercinta..TERUSKAN BERJUANG!!

suatu ketika dahulu, umat Islam lah yang mendahului dalam pelbagai bidang..tidak kira perubatan,astronomi,falsafah dan sebagainya..kenapa tidak kita mulakan kembali zaman yang penuh dengan kegemilangan itu?kalau bukan kita,siapa?kalau bukan sekarang,bila? (kata2 sahabat tersayang sewaktu ketika dahulu.. ;>)

Ya Allah,Engkau ampunilah dosa kami,ibu bapa kami,guru2 kami,sahabat2 kami dan seluruh muslimin muslimat..bantulah pelajar2 SHAMS khususnya dan setiap muslim umumnya untuk terus kuat dalam melangkah,bagi menuntut ilmuMu..

Ya Rahman,Engkau berikanlah segenap kekuatan fizikal,kelapangan dada,ketenangan hati dan kelancaran ingatan dalam menimba pelajaran..sesungguhNya Engkaulah sebaik-baik penolong..amin....





cop-cop mohor pelajar SHAMS untuk memperoleh natijah yang terbaik,biizniLlah.. :)




IKRAR TERBILANG

Bahawasanya kami

Calon-calon PMR, SPM dan STPM

SMK(A) Sheikh Abdul Malek Tahun 2011

Berjanji dan berikrar akan berusaha dengan bersungguh-sunggu

Demi mencapai kejayaan yang gemilang

Dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM

Sebagai satu amanah diri kami

Memenuhi impian ibu bapa kami

Guru-guru kami dan sekolah kami



insyaAllah................................. :)



bicara elya : jihad fisabiliLlah!!11A+!!ALLAHUAKBAR!!

Monday, April 18, 2011

belajar daripada kesilapan orang lain..

Assalamualaikum.. belajar..hidup itu merupakan satu pembelajaran..sejak dilahirkan hingga menemui ajal.. belajar untuk menempuh hidup duniawi bagi memperoleh kebahagiaan kehidupan ukhrawi..erm,suka akan satu kata2..

"belajarlah daripada kesilapan orang lain kerana umur kita tidak cukup panjang untuk melakukan segala kesilapan itu"

cukup mendalam ertinya..untuk melakukan sesuatu perkara dan ingin menzahirkannya perlu melalui akal..barulah tindakan itu mampu dikawal dan akhirnya membuahkan hasil yang terbaik..namun mahu atau tidak,kita tak mampu lari drpd kenyataan bahawa manusia itu akan tetap melakukan kesilapan..oleh itu,belajarlah dari kesilapan..

sahabat, ambil yang jernih,buang yang keruh..setiap perkara yang berlegar di sekeliling kita jadikannya sebagai satu pengajaran dalam hayah kita..kadang,kita tak perasan akan fungsi mata hati..dari mata,turun ke hati,fikir dengan akal..kemudian zikir akan kehebatan ciptaanNya..

untuk menjadi insan yang lebih baik,penghijrahan perlu dilakukan..dan perubahan hanya mampu dengan mengetahui di mana silapnya kita.. moga2 Allah merahmati kita semua..!!

bicara elya : rindu akan blog tapi x sempat nak tulis..tunggu pasal ikrar terbilang k,insyaAllah.. :)

Monday, April 11, 2011

resah dan lelah........


Seandainya kau merasakan hidupmu semakin lelah,

yang senang jadi payah,

yang indah hilang sudah,

sedang derita kerap menjengah,

saat itu pandanglah seketika ke bawah,

lihat mereka yang jauh lebih susah,

namun tegar menguntum senyum walau diterpa musibah,

lalu pintallah dedaun doamu kepada Allah,

biarkan sejadah syukurmu terus basah,

Insyaallah kelak kau merasai jiwa yang bebas resah,

seakan demam yang menemui kebah.


~sahabat,kadang2 hidup ini diwarnai dengan pelbagai mehnah ujian bagi membentuk hati agar lebih tabah menghadapi hari depan..beruntunglah sesiapa yang ditimpakan musibah kerana dia sedang berada di bawah madrasah Allah,tarbiyyahNya yang indah..biar daun2 kering itu berguguran,jangan semangat juang kita untuk generasi akan datang..sabar itu sebahagian daripada iman kerana sabar itulah yang membentuk ketakwaan... :)
bicara elya : utk akhowat2 yg brd dlm keresahan,ingatlah,innaLlahama'ana..antunna tahu kn yg ana syg semua liLlah..salam mujahadah!!

Friday, April 1, 2011

.C.I.N.T.A.

"cinta dan kasih sayang merupakan titik tolak bagi dakwah yang berhasil. Daie yang berkesan ialah yang memiliki cinta dan kasih kepada sesama manusia, ia menjadikan dirinya seperti bejana yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang tulus kepada semua"

-Dr Muhd Said Ramadhan Al-Butty-
"Ya Allah, janganlah Kau biarkan aku lalai dalam kesenangan yang Kau kurniakan. Jadikanlah masa senang ini sebagai masa yang paling bermanfaat yang pernah aku gunakan. Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui harapanku dan tanggungjawabku. Tsabatkanlah aku dalam jalanMu ini hingga nyawaku tercabut dari tubuhku dan menuju ke syurgaMu. Ameen.."