Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Friday, July 23, 2010

macam mainan..

BismiLlah wal hamduliLlah..
Assalamualaikum pembuka bicara..
kaifa halukum ya asdiqa'??
iman??harapnya makin subur..
dan sentiasalah bersyukur..jangan pernah sekali-kali kufur..

halaqah sentuhan qalbu tv 9,memang ana akui,menyentuh qalbi.. dengan kerjasama trainer dari esq training centre, membuatkan ana kembali mengimbau kenangan semasa training esq yang ana jalani.. penuh intisari..padat panduan hati.. ana tak mahu menyentuh mengenai fatwa yang dikeluarkan mahupun kedudukannya sekarang..apa yang ana pasti,jika sesuatu itu mendatangkan kebaikan, tidak salah untuk kita menerima..
cuma tertarik dengan kata-kata sahabat.."kem2 seumpama itu gempar dengan fatwa haram atau tidak..terpesong dari jalan Islam..walaupun menumbuhkan cinta pada Ilahi..namun tiada pula fatwa yang dikeluarkan untuk program-program realiti seperti ..., ..., ..., yang sah-sah melaghokan ummah..bercampur muslimin muslimat..aurat terbuka sana sini..sekarang,siapa yang nak tampil ke depan,beri fatwa kepada program2 seumpama ini??" (mungkin ada pgubhsuaian bicara..asif..)
ana,"waLlahua'lam ya ukhti...."

ok2..lupakan sejenak mengenai isu tu..kembali kepada halaqah sentuhan qalbu yang bersiaran setiap malam selasa bermula pukul 10..tajuk 'macam mainan' bertarikh 20 hb 7,amat meninggalkan kesan pada diri..melihat bayi-bayi kecil yang suci daripada debu dosa dibuang begitu sahaja..sungguh,hati manusia yang sanggup melakukan ini semua benar-benar terhijab daripada cahaya Rabbi..hati kecil seorang muslimah tak mampu menahan butiran jernih daripada gugur apabila mengenangkan bayi-bayi ini bagai tidak berharga walau satu sen..bahkan mereka ini anugerah Allah yang tak ternilai harganya..

akhir zaman..dunia makin maju..teknologi makin canggih..namun manusia berundur ke zaman jahiliyyah..sekurang-kurangnya,zaman jahiliyyah membuang bayi perempuan sahaja, dan ditanam dalam tanah..namun zaman 'moden' kini bayi2 tidak kira lelaki ataupun perempuan bagai tiada tempat kuburnya,hanya di tepian longkang untuk digonggong anjing, tong sampah bersama-sama segala sisa buangan dan di padang bagi digigit semut..Ya Allah..tiada nilaikah mereka??

terharu mendengarkan ulasan seorang penonton di mana beliau mengucapkan bahawa Islam sahajalah yang mampu menyelamatkan kita..sohih!!Islam itu indah..penuh dengan tata tertib dan adab2..meliputi seluruh aspek kehidupan..kalaulah insan itu tetap berdiri di atas landasan Islam,maka dengan izin Allah,akan malulah mereka dengan ALLAH untuk melakukan zina yang akhirnya mengundang azab Rabbul Izzati..ALLAHUAKBAR....

saudara2ku yang ku kasihi kerana Allah,marilah kita kembali kepada Islam yang sebenarnya..Islam yang syumul..penuh barokah,penuh keindahan..harga nyawa seorang hamba Allah janganlah diinjak-injak sebegitu rupa..dia juga hamba Allah..jangan kita sendiri yang menjatuhkan taraf kita sehingga lebih hina dari binatang..nau'dzubiLlah...Allah Maha Penerima Taubat..sama-samalah mengangkat tangan menadah doa supaya kita sentiasa terpelihara dari perbuatan keji..akhirul kalam,buka mata,buka hati..agar mampu hati kita kecapi erti sebenar nikmat cinta Ilahi..insyaAllah..

full of love..~

waLlahua'alam..

0 coretan hati: