Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, February 6, 2010

Lewat pertemuan itu...~

Lewat pertemuan,
Ku rasakan tiada lagi,
pintu kewangian buatku..

Lewat pertemuan,
Bagaikan ada suatu daya membuangku jauh,
dari melihat syurgaNya itu..

Lewat pertemuan,
Membuatkan hati ingin terjun,
ke laut dingin,
Buat menyejukkan panasnya,
hati yang keras,
Hati yang sudah kering,
dari menginsafi dosa dan khilaf..

Lewat pertemuan,
Membayangi lelap,
Menghantui rasa,
Memahitkan deria,
Maka pincanglah langkah!


Lewat pertemuan,
Bagai diheret oleh sang penjaga neraka,
Diheret jauh dari jalan menuju damai hakiki,
Kerana jelas tidak memiliki kunci syurgawi,
Dek sirna yang nyata, memungkiri janji suci,

Kerana lewat pertemuan!
Tersedu~
Menjerit jiwa~
Cuba disusun semula langkah yang pincang,
Rebah!

Rasakan!!!

Takbir, rukuk, sujud dan salam,
Adalah pertemuan mulia,
Menyatukan rasa, menyelami dosa,
Menundukkan segala kelancangan diri berpijak megah,
Di bumi asing..

Mengapa asing?
Semestinya asing!
Kerana di sini bukan syurga!
Tempat kekal hanya di sana!

Abadi menanti~

0 coretan hati: