Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Tuesday, January 19, 2010

...istimewA buaT hawA...




Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu,
didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya
untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan.
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui gayanya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta
kemampuannya mengoncang iman mereka.
Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya.
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan
pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan
antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi
hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga
yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang mengoncang buaian ini
bias mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

0 coretan hati: